Wednesday, December 17, 2014

Tajwid ku~ ( Muqadimmah)

Assalamualaikum... kiks( kawan islamku semua), insyallah bermula dari entri ni... saya akan terus berkongsi tentang ilmu tajwid... saya belajar dan Kiks pun boleh belajar... Nabi pernah berpesan dan ada termaktub dalam kitab sahih Bukhari (Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ash radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah salallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sampaikanlah dariku walau satu ayat, dan ceritakanlah tentang Bani Israil tanpa perlu takut. Dan barangsiapa berbohong ke atasku dengan sengaja maka bersiaplah dia mengambil tempat duduknya di Neraka.”) 

MUQADDIMAH
Maksud :-
Bahasa : Membaikkan, mengelokkan dan membaguskan bacaan.( maksud ni diberikan berdasarkan perkataan جود kata dasar dari التجويد ).
Maksud yang lebih cantik dalam kitab ini : Pengakhiran objektif atau matlamat dalam  kepakaran sehingga mencapai peringkat terakhir sebuah kesempurnaan .

Istilah : -
-Ilmu Tajwid : sebuah ilmu yang membahaskan tentang bagaimana menyebut huruf dan berhati-hati, menjaga, berwaspada dengan makhrajnya, sifatnya dan apa yang berkaitan dengan hukum seperti dimana boleh berhenti mahupun bermula, Adakah bacaan tue boleh sambung atau tidak.
Tajwid : Pemberian setiap huruf haknya dan apa yang berhak dengannya seperti makhrajnya, sifatnya, tempat berhenti mahupun bermula.

Sejarah wujudnya ilmu Tajwid :-
saya ceritakan secara ringkas, Ilmu tajwid bermula pada kurun ke-4 hijrah. Akan tetapi, ilmu tajwid telah wujud sebelum itu tetapi bukanlah dibukukan secara khusus." Abi umru bin a'la al-bashori" ada menulis tentang sebahagiannya pada " Risalah fi Al-Idgham Al-Khabir". Permulaan kurun ke-4 hijrah, "Abi Muzaham Al-Haqani " telah menulis ilmu tajwid dalam Qasidah. Ketika itu, Ilmu tajwid dikenali sebagai " Ahsan Al-ada'a". Selepas itu, penulisan dan penyebaran Ilmu tajwid berkembang sehingga ke hari ini.

 
Sumber rujukan
 

No comments:

Post a Comment