Monday, April 30, 2012

haiwan pelik-Chupacabra

hari ini mau story sikit pasal 1 jenis haiwan yang masih dlm kajian para saintis....iaitu CHUPACABRA....

 

Ia juga dikenali sebagai"goat-sucker"...dalam bahasa sepanyol...chupa bermaksud menghisap...cabra bermaksud kambing....



Dikatakan tidak menyerang manusia, cuma menyerang haiwan ternakan terutamanya kambing...dengan menghisap darah, dan ada spekulasi mengatakan ianya setengah orang dan separuh binatang vampire....




Analisis genetik setakat ini telah mendedahkan  bahawa darah spesis ini tidak sesuai dengan darah manusia atau mana-mana spesis haiwan yang diketahui oleh manusia....nisbah kesan magnesium, kalsium, fosforus dgn kalium yg lebih tinggi dan tidak serasi darah manusia normal...


Nie salah satu laporan yang menandakan kewujudan spesis ini....


Amerika Syarikat - Seorang peladang, Mark Cothren menembak mati seekor haiwan ganjil yang spesiesnya tidak diketahui. Cothren menembak mati haiwan tersebut pada 18 Disember lalu kerana bimbang terhadap keselamatannya kerana dia tidak mengetahui spesies makhluk ganjil itu.
Dia menembak haiwan itu selepas ia dilihat mendekati rumahnya. Beberapa pihak membuat pelbagai teori dengan menyatakan haiwan itu kemungkinan rakun atau opossum.
Namun, ada dakwaan yang menyatakan haiwan yang kelihatan seperti anjing itu merupakan chupacabra.Chupacabra merupakan haiwan legenda di kawasan luar bandar yang suka menyerang kambing. Misteri haiwan itu dijangka diselesaikan tidak lama lagi apabila Jabatan Perikanan dan Hidupan Liar Kentucky akan menguji asid deoksiribonukleik haiwan itu bagi menentukan spesies makhluk tersebut. 


Haiwan ini sungguh unik...disebabkan wujud nya yang tidak memiliki bulu, memiliki mata yang merah dan mempunyai taring yang seakan-akan vampire....
spesis ini juga hanya memakan darah, banyak haiwan ternakan yang mati disebabkan kehilangan banyak darah...dan ditemui tanda gigitan di salah satu bahagian badan mangsa....
pelbagai maklumat lanjut boleh di dapati dilaman web nie...
~http://www.skepdic.com/chupa.html
~http://www.princeton.edu/~accion/chupa.html
yang pelik itu...keajaiban yg maha Esa....wallahua'laam...

.......^_^......

Sunday, April 29, 2012

MY sister....^_^...





tatkala diri ini terkapai-kapai....
tatkaladiri ini merangka-rangka....
tatkala diri ini mulai membuka langkah pembaharuan...
tatkala diri ini mulai menitis kan air mata penyesalan...

mereka muncul....
mereka  menghulurkan tangan...
mereka mengatur setiap langkah ini...
mereka turut menitis kan air mata....

perubahan demi perubahan....
kelam menjadi cerah.....
setiap yang buruk sedikit demi sedikit menjadi baik...
setiap ketakutan menjadi keberanian....

aku mohon...
jgn pernah tinggal kan aku lagi...
jgn pernah berpaling dari terus memerhatikan aku...
jgn pernah...berhenti terus membimbing dan menyayangi aku...

tau kenapa..???
aku sgt menyayangi kamu...
aku x boleh berdiri semula tanpa kamu...
aku mungkin akan terus tenggelam tanpa kamu....

kak NORAFIZAH YASSIN & kak NORANISAH ABDUL RASAH...
kamu adalah kaka terbaik yang aku pernah ada....
maaf kan aku...atas segala nya...
aku sayang kaka....kerana NYA....

.....^_^.....

Tuesday, April 17, 2012

Resepi hari ini...(bubur sweet labu)

Disebab kan kerinduan yang melampau...dengan bubur labu buatan ibunda tersayang...hari ini setelah mengharungi hari yang tak berapa nak bahagia nie....saya pun bergerak membeli labu merah di irbid mall dgn beberapa keperluan memasak yang lain....disebabkan susah nak dapat santan fresh di bumi syam nie....saya pun beli la....santan dalam tin.....dan susu cair cop luna...huhuhu.....saya nak kongsi resepi nie...mybe x ramai yg pernah makan bubur nie....

bahan yang perlu ada untuk buat bubur nie senang n sikit jak....

  1. labu merah
  2. santan
  3. gula
  4. air
  5. secubit garam
cara memasak nya:-
  1. buang kulit labu yang keras tue.....kemudian hiris labu sederhana kecil....x terlalu tebal atau nipis.....lepas tue cuci la....huhuhu
  2. rebus labu tadi sehingga lembik....
  3. kemudian masuk santan(kuantiti santan lebih kurang 1 biji pun ok jak tp ikut kuantiti labu yang nak di masak...tapi lagi banyak santan lagi sedap....tapi jika x da santan asli jgn risau santan pikat pun boleh jak....cuma tambah la susu cair utk menambah rasa lemak....
  4. kemudian letak gula secukup rasa...kalo nak manis bnyk...tp kalo kureng manis pulak kurang sedap la...terpulang pada setiap individu.....
  5. kemudian letak secubit garam...tunggu hingga mendidih....kemudian sedia untuk di makan...
selamat mencuba...
.....^_^......

Monday, April 16, 2012

INFO WANITa

SENGGUGUT

apa itu senggugut...

Sakit ketika datang haid atau senggugut adalah satu masalah yang biasa dialami oleh banyak wanita dan lazimnya dialami oleh gadis yang baru meningkat remaja. Keadaan ini digelar " primary spasmodic dysmenorrhea" dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Ianya dibahagikan kepada dua bahagianseperti senarai dibawah.

Senggugut jenis Pertama dalam beberapa tahun pertama selepas akil baliq, pusingan haid seseorang gadis masih belum teratur lagi. Haid mungkin akan datang tiga atau empat bulan sekali. Senggugut biasanya mula dirasai 2-3 tahun kemudian.

Rasa sakit sewaktu datang haid ini adalah disebabkan olih kuncupan rahim yang begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur sedikit tisu daripada selaput endometrium . Darah haid ini perlu keluar menerusi saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit dikalangan gadis remaja. Kuncupan rahim yang kuat ini adalah disebabkan olih sejenis hormon yang digelar dengan nama “Prostaglandin”.   

Kesakitan ini berbeza antara seorang wanita dengan yang lain.  Ada yang mungkin rasa sakitnya ringan sementara yang lainnya akan mengalami sakit yang teruk hingga tergolek-golek. Jangka waktu sakit juga berbeza, ada yang mengalami sehari, ada pula yang mengalaminya setiap kali datang haid bergantung kepada keadaan.

Ramai dikalangan wanita yang risau samada senggugut bolih menyebabkan kemandulan. Ini tidak benar dan senggugut biasanya akan hilang setelah gadis berumahtangga dan mendapatkan anak apa anda tidak percaya. Kehamilan dan kelahiran dapat mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca pada senggugut. Walau demikian sebahagian kecil dari mereka akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan jika senggugut itu berterusan selepas kahwin. Mereka ini mungkin mengidap penyakit ‘endometriosis’

Gadis gadis yang mengalami senggugut bolih mengambil ubat penawar sakit seperti Panadol, Aspirin, Ponstan, Synflex dan lain ubat yang sesuai. Tetapi dalam kes kes yang lebih teruk, doktor akan memberi ubat penawar sakit yang mengandongi hormon ‘ Norethisterone’.

Senggugut jenis kedua ialah ‘congestive dysmenorrhea’ yang biasa dialami oleh wanita yang sudah berkahwin dan melahirkan anak. Lazimya senggugut yang dialami itu lebih teruk dan lebih panjang waktunya.   Senggugut ini disebabkan olih sesuatu penyakit dalam alat peranakan. Diantara penyakit ini termasuklah ketumbuhan dalam rahim  seperti ‘endometriosis’, ‘adenomyosis’, ‘fibroids’ dan jangkitan kuman pada perkakas peranakan. Wanita yang mengalami masalah ini perlu bertemu doktor pakar sakit puan.

Kebanyakkan daripada mereka menghadapi masalah kurang subur, mudah keguguran, perdarahan yang berlebihan dan berpanjangan atau senggugut yang sangat teruk. SENGGUGUT yang biasanya menyerang anak-anak gadis. Biasanya senggugut akan hilang bila seseorang gadis itu telah berkahwin dan beranak pinak. Dan senggugut tidak akan datang lagi. Namun ada pengecualiannya di mana terdapat juga kaum wanita yang masih mengalami penyakit senggugut walaupun sudah beranak pinak dan juga pada wanita post menopaus; yakni wanita yang sudah melalui zaman menopaus tetapi darah haid datang semula. Senggugut atau dismenorea (Dysmenorrhoea) ialah rasa sakit atau tidak selesa ketika datang haid. Senggugut biasanya bermula sejak seseorang gadis berumur belasan tahun dan berpunca daripada masalah kesihatan atau penyakit.
Senggugut dikaitkan dengan pengeluaran berlebihan bahan yang disebut prostaglandin dari lapisan dalaman rahim (uterus) semasa haid. Prostaglandin mengakibatkan kontraksi otot rahim dan perubahan pembuluh darah. Keadaan ini menimbulkan rasa ngilu atau sakit ketika haid. Ketulan darah haid yang membeku boleh juga menyekat aliran keluar darah dan meningkatkan tekanan intrauterin sehingga menyebabkan rasa sakit. Senggugut boleh juga disebabkan oleh penyakit seperti penyakit keradangan pelvis atau pinggul, endometriosis dan kanser rahim. la ditandai oleh rasa senak di bahagian bawah abdomen selama beberapa hari sebelum haid dan kadangkala berlangsung sehingga selesai haid. Penderita senggugut ada kalanya mengeluh akan masalah kekerapan membuang air kecil, cirit birit, pening, kembung, rasa sakit di buah dada, kemurungan dan rasa cepat marah.

Senggugut yang biasa yakni bukan kerana penyakit lain dalam tubuh akan hilang setelah anak gadis itu kahwin dan melahirkan anak pertama. Manakala senggugut akibat penyakit pula memerlukan rawatan khusus bergantung kepada penyebab penyakit. Di peringkat ini pesakit dinasihat berjumpa doktor untuk rawatan dan ubat.

 petua untuk mengurangkan sakit akibat senggugut....
  1. Dengan bawang merah:-
    ambil 3 ulas bawang merah,potong halus-halus dan campurkan dalam segelas air panas kemudian kacau n minum la...
  2. Dengan air perahan halia
  3. Tuam dengan air panas
.....^_^......



CORETAN JIWA (Lafaz pada siapa)

jarak ini jauh...
jarak ini sepatutnya mampu menghilangkannya..
jarak ini juga boleh membuat mu melupakan aku...
jarak ini memungkin  kan semua itu...

TAPI KENAPA???

jarak ini terasa sia-sia...
jarak ini tidak mampu menghilangkannya....
jarak ini juga pengikat dan penyebab utk terus bersama....

TAPI KENAPA???

jika diri ini berada dekat dengan mu...
terasa diri ini jauh...
jika diri ini berada dekat dengan mu...
terasa diri ini tak bernilai....

TAPI KENAPA???

setiap kali bersama mu...
diri ini merasa ada lafaz yang tak terungkap..
setiap kali bersama mu...
diri ini merasa ada kepuraan yang dilakonkan...
setiap kali bersama mu...
diri ini merasa lebih dari sepatutnya...

TAPI KENAPA???

kenapa kau melafazkannya utk org lain...
kenapa kau melafazkannya ketika diri ini bersama mu...
kenapa kau melafazkannya tanpa memandang mukanya..
kenapa kau melafazkannya memandang tepat ke mata ini...

bagi la jawapan nya...
untuk siapa kah LAFAZ itu....

# coretan ini x da kena mengena dgn yg hidup atau yang telah tiada.huhuhu...nie semua idea ketika bosan....#

.........^_^............