Tuesday, December 17, 2013

Senyum Mereka...





Syria... sebuah negara yang tidak asing lagi di telinga kita... perang yang tercetus di syria... memusnah kan kecantikkan, keharmonian dan keamanan negara tersebut. Nyawa??  begitu banyak nyawa terkorban...anak-anak menjadi yatim piatu, perempuan menjadi balu ...ibu kehilangan anak... kita semua pun sedia maklum... sebab dan munasabab nya...  :)
Perang tercetus pasti nya rakyat jadi mangsa... menjadi pelarian itu lah pilihan terbaik bagi sebahagian rakyat negara itu... mereka melarikan diri bagi mendapatkan keselamatan tanpa memikirkan nasib mereka di tempat yang asing.
Melihat sendiri di depan mata kedaifan dan kesengsaraan pelarian syria, membuatkan air mata kita menitis. memikirkan bagaimana dengan nasib rakyat syria yang lain....
Selama nie... saya hanya melihat di dalam Tv, you tube atau majalah kesengsaraan mereka... tapi beberapa hari lepas...iaitu pada 14/12/2013... saya berpeluang melawat mereka...





 bayangkan... hidup dalam sebuah khemah... pada suhu -3 darjah selsius... saya akui... saya sendri mungkin tak akan sanggup.. kanak-kanak ini masih bisa senyum... masih bisa ketawa... mereka sungguh kuat... insan sekecil mereka... punya kekuatan dan kesabaran begitu besar.... Kita??? sikit-sikit mengeluh... sikit-sikit menyerah...




Marilah kita sama-sama mendoa kan... kesejahteraan mereka... :)

Tuesday, October 29, 2013

korban di aidiladha...

Hari Raya AidilAdha dah lama berlalu... baru sekarang saya berkesempatan berkongsi sambutan AidilAdha di Jordan...
Perayaan AidilAdha di bumi syam nie lebih meriah berbanding Aidilfitri... Orang Arab di negara ini menyiapkan pelbagai manisan...juadah... dan banyak lagi... tidak jauh beza dengan persediaan rakyat malaysia sewaktu hari raya AidilFitri... dan yang paling comel... time2 nie budak2 arab yang comel2 berkeliaran... hehehe...

Manisan yang selalu ada masa perayaan...


comel kan??

Dalam post ni... sebenar nya nak kongsi sambutan aidiladha pelajar malaysia dekat sini...
Dimulakan dengan Takbir dekat masjid-masjid terdekat... tapi alunan takbir dekat sini tak lah semerdu dan sesayu takbir kita... takbir dekat sini biasa jak...


Ini adalah kediaman saya di jordan... :) komen sikit??




gambar yang lebih jelas... hehehehe....

Raya pertama tue.. kitarong buat open house...

menu special kami... huhuhuhu......

Kebesokkannya...

Korban Kambing...  sempena Majlis Sambutan AidilAdha pelajar Sabah dekat jordan... yang nie majlis yang sempat saya datang... sebenarnya banyak lagi... :)


Background majlis nie....


pelajar-pelajar lelaki....(pak ustaz.. hehehee)





Forum yang berjudul "Cinta Di hampar kan Di Hujung Lembaran"

  
Kami juga buat Kejutan buat Pasangan nie sempena Ulangtahun perkahwinan mereka (rasanya la...hehee...)




makan!!!



peace!!!... hehehe


Monday, October 14, 2013

motivasi cinta...


assalamualaikum... blog nie dah lama terbiar.. al maklum la balik kampung ari tue terus lupa dunia... :) last update nak dekat raya aidil fitri rasanya....  maybe besok raya aidil adha dah kn?? so... selamat hari raya aidil adha... :) aidilfitri lepas sambut dekat malaysia... aidiladha nie dkt jordan jak... nanti saya update ttg sambutan hari raya d jordan :)...  hari nie masih busy wat persediaan raya besok n program hari raya aidiladha untuk BAKSIS... tadi jumpa motivasi cinta nie... so nak kongsi la....  


 Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dgn orang yg salah sebelum menemui insan yg betulsupaya apabila kita akhirnya menemui insan yg betul, kita akan tahu bagaimana utk bersyukur dgnpemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut.Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yg lain akan terbuka tapi selalunya kita akanmemandang pintu yg telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu lain yg telahpun terbuka untuk kita.Teman yg paling baik ialah seseorang yang kita boleh duduk bersama di dalam buaian dan berbuaibersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dgn perasaan bahawa itulahperbualan yang paling hebat yg pernah kita rasai.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yg kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan jugabenar bahawa kita tidak akan tahu apa yg kita rindukan sehinggalah "Ianya" hadir.Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam utuk menyukaiseseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untukmelupakan seseorang.Jangan pandang kepada kecantikan kerana ianya akan lapuk ditelan usia, jangan kejar kemewahankerana ianya akan susut ditelan masa. Apa yang kekal hanyalah kecantikan hati seseorang...
 
.Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntumsenyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamuteramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknyadengan sebenar.Mimpilah apa yang kamu inginkan, pergilah ke mana-mana yg kamu ingin tujui dan jadilah apa ygkamu inginkan kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukansemua perkara yang ingin kamu lakukan.Semoga kamu memiliki kebahagiaan yg cukup untuk membuatkan diri kamu menarik, percubaan ygcukup utk membuatkan kamu kuat, kesedihan yg cukup utk memastikan kamu adalah seorang insandan harapan yg cukup utk membuatkan kamu bahagia... .Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yg terbaik. Mereka hanyamembuat yg terbaik dalam hampir apa saja yg datang didalam hidup mereka. Kebahagiaan terletakkepada mereka yg menangis, mereka yg terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yg telahmencuba, hanya mereka yg boleh menghargai kepentingan manusia yg telah menyentuh hidupmereka.Cinta bermula dgn senyuman, mekar dgn ciuman dan berakhir dgn tangisan... ..Masa depan yg cerah sentiasa berteraskan kehidupan yg lalu yg telah dilupakan, kamu tidak bolehmeneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga kamu melupakan kegagalan dan kekecewaanmasa silam
 

Saturday, July 13, 2013

Puasa di Jordan...

Entri kali nie... nak kongsi pengalaman pertama saya berpuasa diperantauan biarpun sudah tahun kedua belajar di jordan...
petang semalam saya n housemate meronda balad(pekan) irbid membeli barangan untuk jualan bazar ramadhan (part-time) sambil mengamati suasana ramdhan orang-orang arab di negara ini...
Pakcik Arab nie jual air minuman yang dikenali sebagai "Tamarhindi". minuman nie sangat popular dikalangan arab dinegara nie selain teh dan kopi.. minuman nie hanya boleh didapati di kebanyakkan kedai pada musim bunga,luruh dan musim panas..dan minuman nie merupakan salah satu juadah berbuka puasa mereka..
nie pasar jual ayam,daging,sayur,buah dan jual sampah... hehehehe...teda la tempat nie jual bahan mentah yang segar dan murah...
tembikai!!! 3 biji = 1JD (Rm4.30) 

lepas tue... beli falafil dekat budak arab nie...mengidam nak makan masa nak berbuka.. maklumlah.. teda kuih-muih melayu...

nie la falafil... bentuk nya lebih kurang mcm fishball tp tak sama...
falafil nie sedap n ranggup... diperbuat dari kacang kuda...
besa nya dimakan dengan roti tapi saya makan macam tue jak...

lepas kenyang berbuka pada jam8.05 pm...
saya pergi terawih dekat masjid universit of yarmouk....
first time..
solat dekat kawasan taman tepi masjid...


penuh kan??? tempat kita ada?? huhuhu...
biarpun jauh diperantau..namun ramadhan masih boleh disambut dengan hati yang gembira...
salam ramadhan...





Saturday, July 6, 2013

Rahsia Surah Al-Fatihah




Surah Al-fatihah adalah surah pembukaan dan merupakan surah pertama yang kita jumpa apabila kita buka kitab Suci Al-Quran, namun biarpun surah ini terletak di hadapan sekali berbanding dengan surah lain namun surah Al-Fatihah bukan lah surah yang pertama turun dan sampai kepada Nabi Muhammad S.A.W....post kali nie nak kongsi rahsia surah Al-Fatihah yang mungkin berguna kepada kita... Insyallah ^_^...


Bacalah sebelum tidur sebanyak 14 kali
*insyallah suami/isteri dan Anak-anak akan mengingati kita selalu*
Bacalah sebanyak 41 kali dalam air minum serta buat air mandian
*insyallah akan melepaskan rasa sakit dalaman*
Bacalah sebanyak 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur
*khas untuk orang yang berpenyakit mental(insyallah boleh berkurang)*
Baca sebanyak 3 kali tiup dalam segelas air-minum dan baca sambil mengusap kawasan yang sakit(sakit yang keterlaluan)
*insyallah berkurangan*
Baca sebanyak 7 kali dan sapu ke atas keatas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa
Baca sebanyak 3 atau 7 kali gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit(mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit, luka berdarah, sengat lebah. jari terkepit pintu


*SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA.*

saya dah cuba, alhamdulilah sakit saya berkurangan.... tapi saya tak cuba semua lagi... atas sebab tidak cukup syarat... hahahah...

Hazrat Abdul Malik bin ‘Umair rah. meriwayatkan secara mursal bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda, “Dalam surah al-Fatihah terdapat penawar untuk segala penyakit.” (Hadis riwayat Darimi dan Baihaqi)

Thursday, June 20, 2013

7 jenis makanan yang makruh utk dimakan....

Tahukah anda ada 7 jenis makanan yang makruh untuk dimakan...

1)Bawang Merah...
2)Bawang Putih
3) Daun Bawang

Rasulullah Shallallahu wa sallam bersabda: Barangsiapa makan bawang putih atau bawang merah, maka janganlah ia mendekati masjid kami & hendaklah ia shalat di rumahnya, karena sesungguhnya para malaikat itu juga terganggu dgn apa-apa yg mengganggu manusia” [Al-Bukhari, kitab Adzan 854, Muslim, kitab Al-Masajid 564]

4) Tumbuhan yang dipijak oleh binatang ..
Bila kita cuci buah yang kena pijak oleh binatang makanan kita akan menjadi suci... so halal la... huhuhu..

5)Air perigi dekat kawasan perkuburan...
6) Daging mentah
7)Daging busuk...


kongsilah ilmu biarpun sedikit... ^_^...

Wednesday, May 29, 2013

Bunuh diri

Semua yang hidup pasti akan mati... tapi kenapa kita mau mempercepatkan kematian kita??? Tahukah Anda Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) merekodkan jumlah kematian akibat bunuh diri mencecah hampir Sejuta orang setiap tahun. Statistik menunjukkan seramai 16 dari 100,000 penduduk atau seorang dalam 40 saat membunuh diri setiap hari.
Disaat seorang manusia yang berusaha memperjuangkan hidup, tapi disaat itu juga ada manusia yang sengaja mengakhiri hidupnya dengan membunuh diri

 


Bunuh diri adalah salah satu simptom yang serius bagi individu yang mengalami tekanan (depression) yang teruk. Antara tanda-tanda tekanan adalah:
  • Rasa sedih dan tertekan
  • Perubahan pada pola atau corak tidur (contohnya; tidur terlalu banyak atau sedikit atau menghadapi masalah sukar tidur)
  • Perubahan yang ketara pada berat badan dan selera makan
  • Bercakap dan/atau bergerak dengan kadar kecepatan/kelambatan diluar kebiasaan
  • Hilang rasa minat pada aktiviti-aktiviti yang biasa dilakukan (contoh; hobi, aktiviti luar rumah, bersama-sama dengan rakan)
  • Menarik diri atau menjauhkan diri dari keluarga dan kawan-kawan
  • Rasa letih dan kehilangan tenaga
  • Kemampuan untuk berfikir dan fokus yang semakin berkurangan, lambat berfikir dan menjadi ragu-ragu.
  • Merasa diri tidak berguna, sia-sia dan rasa bersalah
  • Memikirkan tentang kematian, tentang cubaan bunuh diri dan mengharapkan pada kematian
 
 Membunuh diri adalah salah di sisi Agama islam, hukum nya HARAM dan of course la berdosa BESAR... rasanya agama selain Islam juga melarang membunuh diri.
 

حديث أَبي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: (مَنْ تَرَدَّى مِنْ جَبَلٍ فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ في نَارِ جَهَنَّمَ يَتَرَدَّى فِيهِ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيها أَبَدًا، وَمَنْ تَحَسَّى سُمًّا فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَسُمُّهُ في يَدِهِ يَتَحَسَّاهُ في نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فيها أَبَدًا، وَمَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِحَديدَةٍ فَحَدِيدَتُهُ في يَدِهِ يَجَأُ بِها في بَطْنِهِ في نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيها أَبَدًا
 (رواية البخاري)



Maksud : Hadis Abu Hurairah r.a berkata  : barangsiapa yang menjatuh kan dirinya dari atas gunung untuk membunuh diri maka dia akan mendiami neraka jahanam dalam keadaan kekal abadi dalamnya, dan sesiapa membunuh dirinya dengan meminum racun maka racun itu akan tetap di tangannya yang akan diminumnya dalam neraka jahanam  untuk selama-lamanya, dan sesiapa yang membunuh dirinya dengan besi maka besinya itu akan tetap di tangannya untuk ditusukkan pada perutnya didalam neraka jahanam untuk selamanya-lamanya.( diriwayat kan  oleh Al-Bukhari )

Dasyat kan??? takut kan?? huhuhu...kenapa mereka membunuh diri?? of course la sebab masalah peribadi dan sebahagian sebab masalah kerja juga.. tapi apa pun alasan mereka tidak sekalipun menghalalkan bagi mereka membunuh diri..
Beberapa cara yang popular untuk membunuh diri,menggantung diri, minum racun,memakan ubat terlebih dos (overdose), terjun(bangunan/jambatan/sungai),tembak diri, kemalangan yang disengajakan ( berdiri di atas landasan , melemaskan diri ( gas beracun/asap), kejutan elektrik, mengelar pergelangan tangan.

Semua masalah di dunia nie pasti ada jalan keluarnya, membunuh diri bukan lah jalan penyelesaian malah menambah masalah... tahu kenapa?? Kita akan terima Azab yang dasyat di akhirt kelak, keluarga kita akan menanggung Malu pada masyarakat, terpaksa berusuran dengan pihak polis dan banyak lagi la...So???? sayangi lah diri kita, percayalah orang pun akan sayang kita.... menyelesaikan masalah memerlukan masa.. tapi kita kena ingat masa itu emas.. jadi imbangkan la hidup kita... Percaya diri untuk orang percaya kita..

1600*1200  Children's illustration of Mother Day and Family Love - 1680*1050 Sweet Family illustration -  Cartoon illustration of happy Family13 

sumber :  http://www.jurnalmalaysia.com/index.php/info-sihat/174-kada-bunuh-diri-meningkat
               http://www.utm.my/counselling-centre/tag/statistik/

Tuesday, May 28, 2013

Bila bosan...

Summer break pun uda start... boring+bosan+++ ( sm jak maksud... huhuhu) duduk jak dkt rumah nie menghadap monchie aku nie ( nama laptop.. ^_^ ) panas.. malas mau keluar... dalam mengisi kekosongan masa... menonton filem semestinya menjadi pilihan utama... penat layan korea+melayu+hollywood+bollywood... cari la filem indonesia.... kalo rajin jom la layan sekali..

"I Love You Masbro."
filem nie...mengisahkan tentang 4 org adik-beradik... pergaduhan mereka, karenah mereka, keakraban mereka, kasih sayang ibu bapa mereka, percintaan mereka.. dan bnyk lagi la... huhuhuhu.. lucu, sakit hati tengok pun ada dan yang pasti ada pengajaran nya.. :)

"Rumah Tanpa Jendela"

Filem ini mengisahkan impian seorang budak perempuan miskin yang ingin memiliki sebuah jendela d rumah nya... jendela?? pelik kan??? tapi memang sedih cerita nya...

"Tanah Syurga Katanya "
Filem ini mengisahkan kisah hidup penduduk indonesia d kalimantan... jujur dengan melihat filem ini... aku bangga menjadi rakyat Malaysia... mesti korang pelik pa kaitan cerita Indonesia dgn Malaysia... layan la cerita nie... baru tahu kenapa... ^_^

"Bidadari-bidadari Syurga"
Seriusly kalo tgk cerita nie konferm terpegun dengan kecantikkan heroin filem nie.... tapi bukan kecantikkan rupa paras nya... kecantikkan hatinya... pengajaran filem nie sangat berguna untuk kaum wanita... memahami maksud cantik tue apa??? 
 
 
Jom Layan !!!!

Monday, May 27, 2013

Nikmat Tuhan yang mana kah engkau dusta kan??

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.


 
 Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup!