Thursday, August 9, 2012

TaTtOo..

"Daripada Ibnu Umar radhiallahu anhuma....Sesungguhnya Rasullah S.A.W melaknat perempuan yang menyambung rambutnya, yang diminta disambungkan,yang menyucuk kulit badan dengan jarum (bertatu) dan yang minta dibuatkan tatu.."
                                                                                       (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Fesyen kini menjadi perkara utama dalam kamus hidup masyarakat zaman sekarang....tak kira yang tua mahupun yang muda...tapi hari nie saya tak nak sentuh pun pasal dunia fesyen...tapi mau kongsi pasal tattoo...tahukah anda...tattoo juga kini menjadi fesyen dan semakin popular di kalangan remaja..termasuk remaja yang beragama islam..biar pun ia nya sudah jelas di larang dalam agama...namun masih ada remaja kita yang memasang tattoo di badan mereka... hari nie saya nak cerita tattoo tue apa????


TATOO??? 

     

Menurut bahasa tatu berasal  dari perkataan tatau yang bererti menandakan sesuatu.... menurut Oxford encyclopedic dictionary bermaksud Mark (skin) with permenant pattern and design by pancturing it and inserting pigment.....manakala dalam Ensiklopedia America....  tattoing is the production of pattern on face and body by serting dye under the skin some anthropologists think the practice developed for the painting indication of status,or as mean obtaining magical protection....
Tattoo merupakan produk  dari body decorating dengan mengambarkan kulit tubuh dengan alat tajam (seperti jarum,tulang dan lain-lain) kemudian bahagian yang digambarkan tersebut diberi zat pewarna dan pigmen-pigmen yang berwarna-warni...

PERALATAN NYA???

Ancient Egyptian Needles


 Maori Chisel

 Polynesian Rake Needle

 Japanese Tebori Needles

Edison's Electric Pen

O'Reilly's Rotary Two Coil Needle

 Advanced Rotary Needle

Modern Electro-Magnet Machine


KENAPA BERTATTOO??
Agama dan spiritual...

Pada sesetengah agama, tattoo boleh menghalau hantu dan syaitan.. Di dalam cerita Ripley's Balieve it or Not... seorang lelaki yang merasakan diri nya adalah jelmaan harimau..telah mentattoo seluruh badannya dengan belang dan warna harimau...




Budaya...

Kaum Iban di sarawak mengamalkan tattoo terutama di kalangan pahlawan mereka suatu ketika dahulu..ini menunjukkan semangat keberanian dan kepahlawanan mereka...



Identifikasi atau pengenalan...

Kumpulan Yakuza iaitu satu kumpulan mafia jepun dapat dikenalpasti ahli nya dengan tattoo yang mereka pakai....kebiasaannya kumpulan kongsi gelap akan mencacah badan mereka sebagai tanda satu kumpulan... ada juga tattoo yang bersifat rank atau pangkat...
jikalau tattoo helang atau tattoo harimau...bermakna pangkatnya adalah tinggi sedikit dari tattoo ular..manakala tattoo naga adalah yang paling tinggi pangkatnya di kalangan semua tattoo...


     


Kosmetik...

Demi menutup kelemahan kawasan kulit yang bermasalah ada orang sanggup mentattoo nya...biar pun mereka tahu mentattoo kulit yang bermasalah itu tidak bagus namun mereka tetap melakukan nya...


Perubatan...

Tattoo mempunyai kurang indikasi di dalam perubatan... seseorang yang menjalani pembedahan mastektomi iaitu pembuangan payudara kerana kanser...kemudian menjalani pembedahan semula untuk rekonstruktif payudara...salah satu cara untuk membina puting dengan cara mudah adalah melalui cara tattoo...

Tahu kah betapa sakit nya dan seksa nya pemasangan tattoo nie...




SIAP!!!!


Pasang tattoo  nampak sakit....tahu kah nak buang dan hilang kan tattoo lebih sakit dari memasang nya... 



1. Dermabrasi 
Teknik ini memakai sejenis amplas atau butiran pasir untuk menggosok kulit hingga lapisan paling luarnya mengelupas.Tinta tatu yang terletak di bawah lapisan tersebut kemudian tinggal dikikis dengan pisau bedah oleh seorang doktor kulit. Meskipun mudah dan relatif murah, cara ini mempunyai kerugian yakni rasa sakit yang luar biasa terutama jika saiz tatunya cukup besar. Teknik ini berisiko menyebabkan luka, bahkan sering meninggalkan bekas parut yang lebih tidak menarik berbanding tatu itu sendiri.


2.Mengiris Kulit 
Teknik lain yang cukup mudah meski tetap harus dilakukan oleh doktor adalah menghiris kulit yang ada tatunya.Risiko terbentuknya jaringan parut pada teknik ini lebih besar berbanding dermabrasi, sehingga hanya dilakukan pada jenis tatu yang tidak terlalu besar. Mengiris kulit hanya dilakukan pada tatu berukuran besar jika teknik lain tidak berjaya menghilangkannya. Misalnya kerana tintanya terlalu dalam meresap ke dalam kulit atau jenis tintanya memang sukar untuk dihilangkan dengan cara lain.


3. Cryotherapy 

Tatu juga boleh dihilangkan dengan menggunakan nitrogen cecair yang suhunya berada di bawah beku. Jaringan kulit yang ditetesi cecair tersebut akan membeku dan hancur, kemudian luruh bersama tinta tato yang pada lapisan di bawahnya. Kelemahan teknik yang disebut cryotherapy ini adalah mencetuskan kerosakan kulit yang serius. Doktor tidak boleh menghancurkan tinta tatu yang letaknya di bawah kulit, tanpa merosakkan permukaan terluar dengan hanya menitiskan nitrogen cair di atasnya.


4. Krim Anti-Tato 
Serupa dengan cryotherapy, krim anti-tato juga bekerja dengan cara menghancurkan tinta tato agar boleh luruh dari permukaan kulit. Krim seperti ini umumnya mengandungi larutan trichloroacetic acid (TCA) yang akan bertindak balas dengan tinta namun lebih selamat bagi kulit.Kerugiannya tak lain adalah harganya yang sangat mahal, iaitu sekitar US $ 100 untuk kegunaan rutin selama 2 bulan. Selain itu, keberkesanannya relatif rendah sehingga lebih tepat disebut menyamarkan tatu dan tidak dijamin akan hilang 100 peratus.


5.Laser

Teknologi terkini untuk menghilangkan tatu adalah laser, yang cukup berkesan sekali gus paling selamat bagi kulit. Prinsipnya adalah mengurai partikel dakwat di bawah permukaan kulit, agar dapat dihancurkan oleh sistem kekebalan tubuh alami manusia.Meskipun selamat, teknologi ini cukup mahal dan memerlukan waktu lebih lama untuk menghilangkan warna tertentu misalnya warna hijau, oren dan putih. Beberapa orang yang kulitnya sensitif juga dianjurkan memakai tabir suria selepas menjalani prosedur ini.

KESIMPULANNYA....


Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah”.  Demikianlah ingatan Allah dalam Surah At Tiin, Ayat 4-5.

Manusia adalah ciptaan yang sangat sempurna dan indah...pertambahan yang dilakukan kepada tubuh badan hanya akan mencacat keindahan nya....biarpun tattoo boleh di hilangkan namun tahukah ianya meninggalkan kesan yang sangat hodoh... Oleh itu, jangan lah kita cuba-cuba untuk memasang tattoo di mana-mana tempat di tubuh badan kita...Agama islam juga melarang tegas pemasangan tattoo... oleh itu...renung-renung kan la... ^_^....

No comments:

Post a Comment