Thursday, August 16, 2012

ReSdUnG...

setelah bersahur...mata nie nda pula boleh tido...huhuhu... jadi  terhasil la post nie...huhuhuhu....sambungan tajuk resdung yg lepas... ^_^...

GEJALA & KOMPLIKASI PENYAKIT RESDUNG....

 


Antara tanda awal penyakit resdung adalah hidung kerap tersumbat, bersin dan hidung berhingus terutamanya pada waktu pagi dn berbau busuk. Ada sesetengah pesakit mengadu mereka tidak dapat merasakan apa-apa bau sekalipun..selain itu, pesakit resdung juga mengalami sakit kepala di bahagian dahi dan pipi terutamanya ketika tunduk atau sujud.hingus yang kuning kehijauan juga boleh berkumpul di bahagian tekak menyebabkan tekak sentiasa berkahak dan batuk...

Apabila seseorang menghidap resdung dan tidak mendapatkan rawatan yang sewajarnya dengan segera, radang pada ruang-ruang udara (sinus) ini boleh merebak dan menyebabkan radang pada tulang tengkorak (osteomyelitis)....apabila radang ini merebak ke mata, keadaan ini boleh mengakibatkan kelopak mata menjadi bengkak dan sakit, pandangan menjadi kabur kadangkalanya mata menjadi buta...

Disamping itu, radang ini boleh merebak ke tekak, ke selaput otak (mengakibatkan meningtis) dan ke otak mengakibatkan otak bernanah (intracranial abscess)...malah penyakit resdung yang tidak dirawat boleh mengakibatkan maut!!!
 Wow....menakutkan??? admin pun ada resdung jua...teruk jua la uda...tp masih di tahap tidak berbahaya...cuma ruang-ruang udara (sinus) bengkak.... dan menyebabkan tekanan udara padaa telinga admin tinggi....sakit??? mmg pun...admin terpaksa guna ubat spray (nasonex nasal spray) dan beberapa ubat lain la...kalo bengkak masih nda turun jua...nie bermakna tekanan masih tinggi...doktor terpakas buat pembedahan kecil...pembedahan tu di panggil MYRINGOTOMY..... namun admin percaya segala sesuatu tue..udah ditulis dan ditentukanNya....jadi admin nasihat kan, seeloknya...kita cuba sedaya upaya untuk mencegah dan mengawal penyakit ini daripada merana dan menyesal dengan komplikasi-komplikasinya...


 

PANDUAN DAN RAWATAN PENYAKIT RESDUNG...

Penyakit resdung boleh di kesan dengan melakukan x-ray pada rongga sinus di hospital.... pesakit yang menghidap resdung akan dicuba kenalpasti apakah punca sebenar yang mengakibatkan resdung....justeru itu, penyakit resdung boleh dirawat mengikut punca sebenarnya....misalnya, jika resdung disebabkan oleh kuman bakteria, pesakit akan diberikan ubat antibiotik untuk melawan jangkitan kuman tersebut...

Jika resdung masih berterusan, maka pesakit akan diberi rawatan khusus untuk 'melawan' resdung....rawatan awal yang biasa dilakukan ialah mencuci rongga sinus hingus dan nanah...kaedah ini dikenali 'antral washout'...rawatan ini mungkin terpaksa dilakukan berulang kali sehingga rongga sinus bersih sepenuhnya daripada jangkitan....

Jika ia masih belum sembuh... rawatan pada peringkat seterusnya memerlukan pembedahan sinus...melalui kaedah pembedahan, pakar bedah dapat 'meneroka' secara langsung ke dalam rongga sinus dan mengeluarkan segala kotoran dan lapisan dalam sinus yang berpenyakit....

Ada sesetengah pesakit resdung....lebih cenderung untuk mendapatkan rawatan tradisional seperti "mengasap hidung" dengan lidi, kemenyan dan seumpamanya....berwaspadalah, kerana dikhuatiri kaedah-kaedah ini boleh mengakibatkan komplikasi yang teruk dari mengubati penyakit ini...Allahualam...

Oleh yang demikian...pesakit di nasihatkan agar tidak berlengah-lengah untuk mendapatkan rawatan daripada doktor atau hospital yang berdekatan....MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI.....


:: sumber yang sama dgn post yg lepas....^_^...::

No comments:

Post a Comment