Wednesday, December 31, 2014

A cake???



Kiks, mesti pernah dengar tentang 9 akal 1 nafsu & 1 akal 9 nafsu?? Nafsu seorang lelaki mampu mempengaruhi akal sihat mereka hanya keimanan mampu mengawalnya.
Andai seorang perempuan mampu mendengar bisikan minda dan hati seorang lelaki saat mata mereka memandang setiap susuk tubuh wanita yang berada dalam linkungan pandangan mereka, saya pasti pakaian keluaran gucci, dior, valentino, prada dan lain-lain lagi tak akan pernah wujud. 
seorang vlogger barat mengatakan " a booty girl just like a cake"...  a cake?? seriously a cake?
like a cake??

 Bayangkan sepotong oreo cheese cake dihidangkan dihadapan anda, apa yang akan anda buat..? pertama sekali "TATAP", kedua  "SENYUM", ketiga " MEMBAYANGKAN RASANYA" dan langkah seterusnya terpulang mengikut keaadan... huhuhu... Scary tak?? Ini baru pendapat seorang lelaki, macam mana dengan lelaki-lelaki lain di seluruh dunia? 
like this? what is this?
Kiks mesti pernah mendengar " wanita berpakaian tapi telanjang"..... ada disebut dalam hadis Nabi Muhammad S.A.W... yang diriwayatkan dalam kitab sahih muslim.

Macam mana?
of course la..


ermmm... yang ini??
 Seorang wanita yang sengaja menyingkap sebahagian anggota tubuhnya, sengaja menampakkan keindahan tubuhnya, wanita itu berpakaian tapi telanjang. 
Seorang wanita yang memakai pakaian nipis sehingga menampakkan sebahagian tubuhnya. wantia tersebut berpakaian, tapi sebenarnya dia telanjang.

macam nie ada baju...
 So... perempuan makhluk yang sangat indah, sangat cantik dan sangat special di mata seorang lelaki, tapi semua itu akan jadi sebaliknya sebab kita yang mencemarkannya...  :) 
a girls bootys?? don't you scary?

Wednesday, December 17, 2014

Tajwid ku~ ( Muqadimmah)

Assalamualaikum... kiks( kawan islamku semua), insyallah bermula dari entri ni... saya akan terus berkongsi tentang ilmu tajwid... saya belajar dan Kiks pun boleh belajar... Nabi pernah berpesan dan ada termaktub dalam kitab sahih Bukhari (Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ash radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah salallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sampaikanlah dariku walau satu ayat, dan ceritakanlah tentang Bani Israil tanpa perlu takut. Dan barangsiapa berbohong ke atasku dengan sengaja maka bersiaplah dia mengambil tempat duduknya di Neraka.”) 

MUQADDIMAH
Maksud :-
Bahasa : Membaikkan, mengelokkan dan membaguskan bacaan.( maksud ni diberikan berdasarkan perkataan جود kata dasar dari التجويد ).
Maksud yang lebih cantik dalam kitab ini : Pengakhiran objektif atau matlamat dalam  kepakaran sehingga mencapai peringkat terakhir sebuah kesempurnaan .

Istilah : -
-Ilmu Tajwid : sebuah ilmu yang membahaskan tentang bagaimana menyebut huruf dan berhati-hati, menjaga, berwaspada dengan makhrajnya, sifatnya dan apa yang berkaitan dengan hukum seperti dimana boleh berhenti mahupun bermula, Adakah bacaan tue boleh sambung atau tidak.
Tajwid : Pemberian setiap huruf haknya dan apa yang berhak dengannya seperti makhrajnya, sifatnya, tempat berhenti mahupun bermula.

Sejarah wujudnya ilmu Tajwid :-
saya ceritakan secara ringkas, Ilmu tajwid bermula pada kurun ke-4 hijrah. Akan tetapi, ilmu tajwid telah wujud sebelum itu tetapi bukanlah dibukukan secara khusus." Abi umru bin a'la al-bashori" ada menulis tentang sebahagiannya pada " Risalah fi Al-Idgham Al-Khabir". Permulaan kurun ke-4 hijrah, "Abi Muzaham Al-Haqani " telah menulis ilmu tajwid dalam Qasidah. Ketika itu, Ilmu tajwid dikenali sebagai " Ahsan Al-ada'a". Selepas itu, penulisan dan penyebaran Ilmu tajwid berkembang sehingga ke hari ini.

 
Sumber rujukan
 

Saturday, December 13, 2014

Takutkah kita??



Telinga penat mendengar,
seringkalinya lidah menuturkan,
setiap pertemuan pasti ada perpisahan,
menangiskah kita jika perpisan berlaku?

saat kita dilahirkan,
kita menangis
saat kita dimatikan
kita juga menangis

tiada siapa faham akan erti tangisan disaat itu,
ketika masa dunia berhenti,
 kepulangan kita diminta,
erti tangisan itu kini tiada guna .

Qiyamat itu perpisahan...
gambaran demi gambaran telah dikhabarkan
takutkah kita?
menangiskah?

 Fahamilah tangisan itu,
takutlah andai engkau tidak menangis keranaNya,
Qiamat menanti mu.
takutkah kita?

andai tergetar di sanubari mu,
ukirkan warakah mu,
menjadi senyuman,
saat jannah menapakan tangan.


Monday, December 8, 2014

"0.0mm"??



Sejauh mana jarak mata hitam dan mata putih??
Sejauh itu jarak dosa dan manusia 
Kita dilahirkan dengan ancaman pencinta dosa
Namun, Cinta agung Ilahi pembasminya
Cinta SejatiNya, tangan saat kita terjelempuk dengan beratnya dosa
 

Dosa dan Pahala itu ibarat menjangkau hawa dan teriknya dunia
Istighfar umpama ubat
Istighfar umpama kurma di saat berbuka
Istighfar sangat berumpama.

Istighfar.....Istighfar......Istighfar.....
 

Friday, December 5, 2014

Kelahiran ku

 


 Saat mataku mulai berfungsi, aku melihat kegelapan dalam kantung kasih sayang milik ibundaku. Satu saat aku apabila mataku terbuka, sekelilingku di penuhi cahaya, warna, suara, dan bau. Kini aku merasa tubuhku ditiup angin bukan lagi cecair pekat yang sungguh damai lagi mententeramkan.
 Aku lahir? Bermula sudahkah tanggungjawabku? Aku menangis sekuat hati, namun tiada siapa faham takutnya aku menjejak dunia. Semua orang memujukku agar aku berhenti menangis, namun aku masih takut... takut...takut... Aku merasa duniaku kini bukanlah hanya sekecil kantung kasih sayang milik ibuku.
  Kini, aku merasa dunia.... dunia... dunia....!!! Pelbagai bentuk perasaan wujud, pelbagai jenis manusia wujud dan mendiam dunia. Aku risau.... Aku risau.... Aku risau...!!
Mataku terpejam lagi, terbuai dengan alunan yang mengingatkan aku kedamaian, kehangatan, kenyamanan suatu tempat yang tidak mampu aku katakan sebelum aku ditiupkan kedalam segumpul darah yang kemudian berkembang membentuk wujud ku kini.
Errina.... Errina ....Errina... Namaku? Adakah aku telah bernama? Mataku terpana memandang dua wajah dengan ukiran senyuman di wajah mereka membuatkan hati ku lapang dan melupakan seketika akan rasa ketakutan dan keseraman dunia.
 Saban waktu silih berganti, aku mulai duduk, berjalan dan berlari. Lidahku pula sudah mampu mengeluarkan kalimah-kalimah yang kedengaran sangat mengembirakan orang-orang yang mendengarkannya.
 Ketakutanku mulai aku lupakan, setiap hari aku pasti menemui sesuatu yang baru dan menyeronokkan. Indah juga dunia...