Thursday, January 30, 2014

SI Kejam Al-assad....

 

 Tahukah anda mengapa keluarga AlAssad di Syria itu digelar AlAssad(singa)?

Semasa pemerintahan Hafez AlAssad(President Syria 1971-2000), bapa kepada Bashar AlAssad, penduduk Hamma,sebuah kawasan di Syria,yang mempunyai sekitar 100 000 orang penduduk, berkata kepada Hafez,

“Kami hidup susah di sini,kami perlukan bantuan kamu,kamu sebagai Raja mestilah membantu kami rakyat Syria.Kamu memiliki segalanya di Syria.”

Kemudian Hafez AlAssad membalas permintaan tersebut dengan membunuh 80% penduduk Hamma..

Hafez berkata,”Kamu semua hanya serangga,kami adalah SINGA.Jika kamu semua bersuara lagi,kami akan bunuh kamu.”
 Sejak itu,seluruh Syria menggelar Hafez sebagai AlAssad(singa).

Selama 40 tahun,ramai penduduk Syria hanya berdiam diri walaupun keluarga AlAssad melakukan sesuka hati di Syria.Ini adalah kerana mereka takut dibunuh oleh tentera AlAssad.
 

Tahukah anda Ikhwanul Muslimin pernah cuba bergerak di Syria suatu masa dahulu,sekitar tahun 1970-an?

Menurut sumber,gerakan Ahli Sunnah Wal Jamaah tersebut (yang jelas bertentangan dengan Syiah Alawi keluarga AlAssad) berpusat di Hama,sebuah daerah di Syria di mana majoriti penduduk di kawasan itu adalah ahli Ikhwanul Muslimin.

Hafez telah mengarahkan tentera-tenteranya menjalankan pembunuhan beramai-ramai tersebut selama 27 hari demi menghentikan gerakan Ikhwanul Muslimin secara TOTAL di Syria.

Tragedi ini dikenali ramai sebagai 'The Hama Massacre'.

Laporan rasmi dari Syrian Human Rights Committee mengatakan 40,000 orang dibunuh di dalam tragedi tersebut,namun sahabat Syria kami mengatakan yang rakyat Syria tahu angka yg maut sebenarnya jauh lebih banyak,mungkin lebih 80,000.

Namun,pada Februari 1982,Hafez AlAssad telah MEMBUNUH hampir semua ahli Ikhwanul Muslimin di kawasan itu.


 
 Tahukah anda mengapa Rejim AlAssad mempunyai ramai penyokong setianya di Syria?

Mengapa penyokong-penyokong AlAssad ini sanggup mati untuk syaitan itu, walaupun jelas kekejaman dan penindasan Keluarga AlAssad itu terhadap Syria sejak dulu lagi?

Mengapa mereka tidak mahu mendengar langsung kebenaran tentang AlAssad yang kita cuba sampaikan?

Ini adalah kerana Doktrin AlAssad terhadap penduduk Syria sejak kecil lagi.Di sekolah-sekolah di Syria,pelajar-pelajar mestilah mengambil sebuah 'subjek' pelajaran yang digelar 'Hezb Al-Baath'. 
Dalam mata pelajaran ini,semuanya menceritakan tentang 'kebaikan,kehebatan dan kemuliaan keluarga AlAssad'.

Kanak-kanak Syria sejak kecil lagi telah di'DOKTRIN'kan,mereka diajar bahawa keluarga AlAssad sentiasa berada di jalan yang benar dan sesiapa sahaja yang menentangnya adalah salah.Kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa ini terus dididik untuk menjadi pejuang dan pembela kepada AlAssad.

Dengan kata lain,penduduk Syria sudah ditipu sejak kecil lagi.

Oleh sebab didikan 'Hezb Al-Baath' inilah,keluarga AlAssad berjaya menjadikan sebahagian penduduk Syria sebagai pengikut setianya,setelah 40 tahun memerintah.

Keji sungguh mereka ini,bukan sahaja sesat,malah MENYESATKAN.
 

 

 Tahukah anda gambar ini pernah menjadi Cover Photo page Syrian Truth,sebuah page penyokong-penyokong AlAssad?

Gambar perempuan Syria bertudung memegang AlQuran di atas kepala,pada masa yang sama,menCIUM TANDA SALIB...

Di tepi skali pula ada gambar AlQuran bersama-sama tanda salib..

Bukankah ini satu penghinaan terhadap kitab suci?Meletakkan lambang agama lain bersama-sama?Dan bukankah perbuatan orang Islam mencium lambang agama lain itu satu penghinaan terhadap agama Islam?

Sampai begitu sekali teruknya akidah umat yang menguasai Syria sekarang,yang menyokong AlAssad.

Untuk pengetahuan anda,keluarga AlAssad dan minoriti penduduk Syria mempunyai pegangan agama Syiah Alawi yang sememangnya sesat dan jauh menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar.

Anda boleh lihat sendiri Asma AlAssad,isteri Bashar tidak memakai tudung di tempat awam.

Lebih teruk lagi,mereka sentiasa menindas Ahli Sunnah Wal Jamaah di Syria
 Semoga Allah membebaskan Syria daripada golongan-golongan munafiq ini,enshaAllah.

#sumber : https://www.facebook.com/pages/Malaysia-Syria-Society/196306323894092

Wednesday, January 29, 2014

Petua Pelajar Cemerlang....!!! (Dato Dr Haji Fadzillah Kamsah)


 
Sempena Semester Baru Jadi Semangat Baru... Harap Petua Pelajar Cemerlang ini mampu menaikkan pointer ke tahap cemerlang.... Amin... ^_^....



Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.


Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:


-kita ingat 10 % apayang dibaca
-kita ingat 20% apa yang didengar
-kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
-kita ingat 70% apa yang dicakapkan
-kita ingat 90% setelah dipraktikkan


Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

 

Belajar dalam persekitaran kondusif.
-pastikan cahaya adalah terang
-kurangkan gangguan bunyi
-tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
-tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
-kerusi dan meja menghadap kiblat
-jangan lupa untuk senyum
 
Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
Mengulang kaji menggunakan kaedah ‘output learning’ iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.

 

Tahu teknik merangsang memori:
-memasukkan maklumat dalam memori (registration)
-menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
-mengingat kembali (recall)
-menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)

Sentiasa awal dan mendahului:
-persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
-pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
-belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
-Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.

Mempunyai teknik membaca yang betul:
-duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
-memberikan tumpuan sepanuhnya
-menggunakan jari telunjuk untuk membaca
-menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.

Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.

Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.

Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.

Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.

Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).

Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.

Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.

Mengulang kaji apabila mulai terlupa.

Tahu petua mengulang kaji
-cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
-siapkan semua ‘bekalan’ dengan sempurna

Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
 
Tahu petua-petua agar tidak lupa:
-jangan makan kepala ikan
-jangan makan organ dalaman
-jangan minum semasa makan
-jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
-jangan melihat kemaluan
-jangan melihat buih
-jangan membaca nama pada batu nisan
-banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
-banyakkan makan kismis, kurma dan madu
-banyakkan makan kekacang
-pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
-jangan makan sehingga terlalu kenyang
-jangan kencing berdiri
Tahu kemahiran mengingat:
-tampal nota-nota penting di dinding
-tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
-gunakan kaedah akronim
-reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
-pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
Cekap mengatur jadual belajar:
-mempunyai jadual belajar
-patuh kepada jadual
-buat jadual yang boleh diikuti
Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.

 
Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
Pelbagaikan tempat belajar.
Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
 
Ciri-ciri pelajar cemerlang:
-taat kepada Allah
-mendirikan sembahyang
-menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
-hormati & sayangi guru
-bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
-suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
-membantu rakan yang memerlukan
-berdoa dan bersyukur kepada Allah
-sentiasa bertawakal
-mahir dalam setiap mata pelajaran

-Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat.