Saturday, July 13, 2013

Puasa di Jordan...

Entri kali nie... nak kongsi pengalaman pertama saya berpuasa diperantauan biarpun sudah tahun kedua belajar di jordan...
petang semalam saya n housemate meronda balad(pekan) irbid membeli barangan untuk jualan bazar ramadhan (part-time) sambil mengamati suasana ramdhan orang-orang arab di negara ini...
Pakcik Arab nie jual air minuman yang dikenali sebagai "Tamarhindi". minuman nie sangat popular dikalangan arab dinegara nie selain teh dan kopi.. minuman nie hanya boleh didapati di kebanyakkan kedai pada musim bunga,luruh dan musim panas..dan minuman nie merupakan salah satu juadah berbuka puasa mereka..
nie pasar jual ayam,daging,sayur,buah dan jual sampah... hehehehe...teda la tempat nie jual bahan mentah yang segar dan murah...
tembikai!!! 3 biji = 1JD (Rm4.30) 

lepas tue... beli falafil dekat budak arab nie...mengidam nak makan masa nak berbuka.. maklumlah.. teda kuih-muih melayu...

nie la falafil... bentuk nya lebih kurang mcm fishball tp tak sama...
falafil nie sedap n ranggup... diperbuat dari kacang kuda...
besa nya dimakan dengan roti tapi saya makan macam tue jak...

lepas kenyang berbuka pada jam8.05 pm...
saya pergi terawih dekat masjid universit of yarmouk....
first time..
solat dekat kawasan taman tepi masjid...


penuh kan??? tempat kita ada?? huhuhu...
biarpun jauh diperantau..namun ramadhan masih boleh disambut dengan hati yang gembira...
salam ramadhan...





Saturday, July 6, 2013

Rahsia Surah Al-Fatihah




Surah Al-fatihah adalah surah pembukaan dan merupakan surah pertama yang kita jumpa apabila kita buka kitab Suci Al-Quran, namun biarpun surah ini terletak di hadapan sekali berbanding dengan surah lain namun surah Al-Fatihah bukan lah surah yang pertama turun dan sampai kepada Nabi Muhammad S.A.W....post kali nie nak kongsi rahsia surah Al-Fatihah yang mungkin berguna kepada kita... Insyallah ^_^...


Bacalah sebelum tidur sebanyak 14 kali
*insyallah suami/isteri dan Anak-anak akan mengingati kita selalu*
Bacalah sebanyak 41 kali dalam air minum serta buat air mandian
*insyallah akan melepaskan rasa sakit dalaman*
Bacalah sebanyak 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur
*khas untuk orang yang berpenyakit mental(insyallah boleh berkurang)*
Baca sebanyak 3 kali tiup dalam segelas air-minum dan baca sambil mengusap kawasan yang sakit(sakit yang keterlaluan)
*insyallah berkurangan*
Baca sebanyak 7 kali dan sapu ke atas keatas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa
Baca sebanyak 3 atau 7 kali gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit(mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit, luka berdarah, sengat lebah. jari terkepit pintu


*SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA.*

saya dah cuba, alhamdulilah sakit saya berkurangan.... tapi saya tak cuba semua lagi... atas sebab tidak cukup syarat... hahahah...

Hazrat Abdul Malik bin ‘Umair rah. meriwayatkan secara mursal bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda, “Dalam surah al-Fatihah terdapat penawar untuk segala penyakit.” (Hadis riwayat Darimi dan Baihaqi)