Menggunakan kedua-dua belah otak
kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang
kedua-dua belah otak tersebut.
Merangsang kesemua deria dalam
pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
-kita ingat 10 % apayang dibaca
-kita ingat 20% apa yang didengar
-kita ingat 50 % apa yang didengar
& dilihat
-kita ingat 70% apa yang dicakapkan
-kita ingat 90% setelah dipraktikkan
Belajar 3 jam sehari atau 20 jam
seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
Belajar dalam persekitaran kondusif.
-pastikan cahaya adalah terang
-kurangkan gangguan bunyi
-tampal poster yang mengandungi
slogan yang menaikkan semangat belajar
-tampal gambar-gambar yang
menenangkan fikiran
-kerusi dan meja menghadap kiblat
-jangan lupa untuk senyum
Tidak ponteng kelas. Kalau
tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
Mengulang kaji menggunakan kaedah
‘output learning’ iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang
terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali,
lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
Tahu teknik merangsang memori:
-memasukkan maklumat dalam memori
(registration)
-menyimpan maklumat dalam sel memori
(retention)
-mengingat kembali (recall)
-menggunakan maklumat untuk menjawab
soalan atau kegunaan lain (application)
Sentiasa awal dan mendahului:
-persediaan awal akan memberikan
permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
-pelajar yang mendapat A pada ujian
lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
-belajar awal ketika tiada tekanan
adalah tidak membosankan.
untuk sentiasa awal dan mendahului,
bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
-Berbuat baik dengan guru. Setiasa
hormati dan sayangi guru.
Mempunyai teknik membaca yang betul:
-duduk dengan tegak & bernafas
dengan betul
-memberikan tumpuan sepanuhnya
-menggunakan jari telunjuk untuk
membaca
-menyesuaikan kelajuan membaca dengan
kesukaran bahan bacaan
Sentiasa mengawasi pencuri waktu
belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
Membaca doa penerang hati setiap
kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi
peperiksaan.
Tidak membuang masa dengan belajar
ketika letih.
Mengadakan rehat sebentar setiap 20
minit mengulangkaji.
Belajar mengikut waktu yang sesuai
dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu
tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun
tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan
selepas berdoa.
Mengulang kaji secepat mungkin.
Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
Mengulang kaji secara bersendirian
atau berkumpulan.
Tahu mengulang kaji adalah aktiviti
pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
Mengulang kaji pelajaran
berulang-ulang kali.
Mengulang kaji apabila mulai
terlupa.
Tahu petua mengulang kaji
-cari tempat yang tenang dan serasi
dengan jiwa kita
-siapkan semua ‘bekalan’ dengan
sempurna
Tahu memberi ganjaran kepada diri
sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan
sebagainya.
Tahu petua-petua agar tidak lupa:
-jangan makan kepala ikan
-jangan makan organ dalaman
-jangan minum semasa makan
-jangan minum atau makan makanan yang
tercemar oleh semut
-jangan melihat kemaluan
-jangan melihat buih
-jangan membaca nama pada batu nisan
-banyakkan makan makanan yang
mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
-banyakkan makan kismis, kurma dan
madu
-banyakkan makan kekacang
-pakai minyak wangi ketika belajar
atau menghadapi peperiksaan
-jangan makan sehingga terlalu
kenyang
-jangan kencing berdiri
Tahu kemahiran mengingat:
-tampal nota-nota penting di dinding
-tukar perkataan, ayat atau definisi
dalam bentuk gambar atau rajah
-gunakan kaedah akronim
-reka cerita atau ayat mengenai
konsep yang perlu diingat
-pecahkan maklumat kepada kumpulan
kecil
Cekap mengatur jadual belajar:
-mempunyai jadual belajar
-patuh kepada jadual
-buat jadual yang boleh diikuti
Tidak menangguh belajar pada saat
akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
Cari maklumat mengenai subjek yang
tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian
dari orang yang lebih arif.
Membina kepelbagaian dalam
pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk
belajar.
Menggunakan masa terluang untuk
mengulang kaji atau mencuri masa.
Membawa nota ke mana-mana sahaja
(kecuali ke tandas).
Pelbagaikan tempat belajar.
Menyedari guru-guru adalah sumber
ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
Menjadikan nota-nota menarik seperti
membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
Ciri-ciri pelajar cemerlang:
-taat kepada Allah
-mendirikan sembahyang
-menghormati kedua ibu bapa dan
sentiasa mendoakan mereka
-hormati & sayangi guru
-bersungguh-sungguh dalam melakukan
kerja untuk mencapai kecemerlangan.
-suka pada setiap mata pelajaran yang
dipelajari
-membantu rakan yang memerlukan
-berdoa dan bersyukur kepada Allah
-sentiasa bertawakal
-mahir dalam setiap mata pelajaran
-Kita juga perlu ingat pelajar yang
cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang
dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai
akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment