Monday, April 30, 2012

haiwan pelik-Chupacabra

hari ini mau story sikit pasal 1 jenis haiwan yang masih dlm kajian para saintis....iaitu CHUPACABRA....

 

Ia juga dikenali sebagai"goat-sucker"...dalam bahasa sepanyol...chupa bermaksud menghisap...cabra bermaksud kambing....



Dikatakan tidak menyerang manusia, cuma menyerang haiwan ternakan terutamanya kambing...dengan menghisap darah, dan ada spekulasi mengatakan ianya setengah orang dan separuh binatang vampire....




Analisis genetik setakat ini telah mendedahkan  bahawa darah spesis ini tidak sesuai dengan darah manusia atau mana-mana spesis haiwan yang diketahui oleh manusia....nisbah kesan magnesium, kalsium, fosforus dgn kalium yg lebih tinggi dan tidak serasi darah manusia normal...


Nie salah satu laporan yang menandakan kewujudan spesis ini....


Amerika Syarikat - Seorang peladang, Mark Cothren menembak mati seekor haiwan ganjil yang spesiesnya tidak diketahui. Cothren menembak mati haiwan tersebut pada 18 Disember lalu kerana bimbang terhadap keselamatannya kerana dia tidak mengetahui spesies makhluk ganjil itu.
Dia menembak haiwan itu selepas ia dilihat mendekati rumahnya. Beberapa pihak membuat pelbagai teori dengan menyatakan haiwan itu kemungkinan rakun atau opossum.
Namun, ada dakwaan yang menyatakan haiwan yang kelihatan seperti anjing itu merupakan chupacabra.Chupacabra merupakan haiwan legenda di kawasan luar bandar yang suka menyerang kambing. Misteri haiwan itu dijangka diselesaikan tidak lama lagi apabila Jabatan Perikanan dan Hidupan Liar Kentucky akan menguji asid deoksiribonukleik haiwan itu bagi menentukan spesies makhluk tersebut. 


Haiwan ini sungguh unik...disebabkan wujud nya yang tidak memiliki bulu, memiliki mata yang merah dan mempunyai taring yang seakan-akan vampire....
spesis ini juga hanya memakan darah, banyak haiwan ternakan yang mati disebabkan kehilangan banyak darah...dan ditemui tanda gigitan di salah satu bahagian badan mangsa....
pelbagai maklumat lanjut boleh di dapati dilaman web nie...
~http://www.skepdic.com/chupa.html
~http://www.princeton.edu/~accion/chupa.html
yang pelik itu...keajaiban yg maha Esa....wallahua'laam...

.......^_^......

1 comment:

  1. Wahh,terima kasih Kak elyne ^_^ atas perkongsian ilmu. Sy memang minat sgt pelajari haiwan-haiwan dikategori ''Cryptids'' nie.

    ReplyDelete