Monday, January 27, 2014

Tiga Kelompak Manusia...

"Tidaklah menimpa seorang hamba suatu musibah yang lebih besar atau lebih kecil kerana dosa"
 (Hassan Al-Bashri)

Pernah kah anda mendengar manusia tidak di datangi "masalah" ?...  Setiap makhluk yang di ciptakan sebagai manusia pasti akan akan berhadap dengan apa yang dikenali sebagai masalah.

Masalah kita adalah cermin siapa diri dan bagaimana tarbiyah kita selama ini. Reaksi dan respons seseorang terhadap masalah menunjukkan jati dirinya. 
 

Kita dikenal dari masalah kita dan cara kita merespons masalah. Pada awalnya kemungkinan seseorang itu nampak tenang... Namun, akan nampak diri seseorang yang sebenar saat di timpa masalah... samaada keburukkan mahupun kebaikkan, orang akan kelihatan warna aslinya, kerdil besarnya seseorang boleh dilihat dari masalahnya dan caranya menyelesaikannya.

Terdapat Tiga kelompok manusia di dunia ini dalam menghadapi masalah

Kelompok "No Problem" .
 
 Mereka menganggap semua masalah bukan masalah. Malas mau ambil kisah... (ignoring)... tidak peduli... hipokrit secara kolektif dan psikologis. Akibatnya, masalahnya semakin berat. Mereka dikenal sebagai orang munafik, baik secara akidah mahupun secara amal.


Kelompok yang mengagungkan masalah

 
Mereka cenderung pesimis, merasa mustahil untuk menyelesaikan masalah, tidak ada guna dan faedah berusaha. Putus asa dan putus harapan. Kelompok ini hanya pasrah pada nasib dab menggantungkan segalanya pada takdir.
Kelompok yang menghadapi masalah
 
Melihat masalah sebagai cabaran. Cara menyelesaikannya adalah perjuangan untuk mencapai tujuan dan meraih kebahagian. Mereka orang-orang yang mukmin, yang selalu yakin ada jalan untuk meraih kemenangan .Allahu Akhbar.
 

Sunday, January 26, 2014

Buka jalan dengan Istighfar...

 

Al-Qurthubi meriwayatkan kisah dari Ibnu Shabih. Pada suatu hari... ada seorang lelaki mengadu kepada Hassan Al-Bashri tentang masa kemarau yang terjadi. Hassan Al-Bashri lantas berkata kepadanya :
 " Beristighfarlah kepada Allah "
 
Kemudian... seorang lelaki datang mengeluh kemiskinan yang menderanya, maka Hassan Al-Bashri pun mengatakan : " Beristighfarlah kepada Allah "
 
Berikutnya...datang pula seorang lelaki yang seraya mengatakan : "Doakan aku supaya Allah mengurniakan kepadaku anak" . Hassan Al-Bashri pun berkata kepadanya : "Beristighfar kepada Allah "
 
Selanjutnya.. datang lagi seorang lelaki lain yang mengeluhkan tentang kebunnya yang kekeringan. Maka Hassan Al-Bashri pun berkata : " Beristighfarlah kepada Allah "
 
Ar-Rabi' lantas berkata kepada beliau : " Beberapa orang lelaki mendatangi engkau mengeluhkan berbagai macam hal... akan tetapi engkau menyuruh mereka semua untuk beristighfar? "
Imam Hassan Al-Bashri menjawab : "Aku sama sekali tidak mengatakan apa pun dari diriku sendiri, sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman ....
فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا (10) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا (11) وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا (12 
"Maka aku katakan kepada mereka : 'Mohonlah ampun kepada Tuhanmu... sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun... Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat... dan membanyakkan harta dan anak-anakmu...dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untumu sungai-sungai"
 surah Nuh (10-12)

Butakan mata ini...



Bila mata buta mula celik..
Saat cahaya kembali menyuluh kegelapan hidup...
Saat itu juga mata ini terpandang sebuah pautan tangan yang berikrar atas nama

 "Ukhwah Fillah Until Jannah"

 
Satu ketika mata tertutup saat badai bertiup kencang...
Bila kelopak mata ini kembali terbuka...
Pautan tangan tadi mulai longgar dan mungkn ada tangan yang meleraikan pautan tadi...
Mata ini menyesal tertutup saat badai melanda
 
Kini timbul persoalan mana hilangnya lafaz tadi..
Persetan semua penyebab ukhwah itu longgar..
Kadang mata ini berdoa untuk kembali buta...
Agar tidak nampak kecacatan sebuah ukhwah.

Tuesday, December 17, 2013

Senyum Mereka...





Syria... sebuah negara yang tidak asing lagi di telinga kita... perang yang tercetus di syria... memusnah kan kecantikkan, keharmonian dan keamanan negara tersebut. Nyawa??  begitu banyak nyawa terkorban...anak-anak menjadi yatim piatu, perempuan menjadi balu ...ibu kehilangan anak... kita semua pun sedia maklum... sebab dan munasabab nya...  :)
Perang tercetus pasti nya rakyat jadi mangsa... menjadi pelarian itu lah pilihan terbaik bagi sebahagian rakyat negara itu... mereka melarikan diri bagi mendapatkan keselamatan tanpa memikirkan nasib mereka di tempat yang asing.
Melihat sendiri di depan mata kedaifan dan kesengsaraan pelarian syria, membuatkan air mata kita menitis. memikirkan bagaimana dengan nasib rakyat syria yang lain....
Selama nie... saya hanya melihat di dalam Tv, you tube atau majalah kesengsaraan mereka... tapi beberapa hari lepas...iaitu pada 14/12/2013... saya berpeluang melawat mereka...





 bayangkan... hidup dalam sebuah khemah... pada suhu -3 darjah selsius... saya akui... saya sendri mungkin tak akan sanggup.. kanak-kanak ini masih bisa senyum... masih bisa ketawa... mereka sungguh kuat... insan sekecil mereka... punya kekuatan dan kesabaran begitu besar.... Kita??? sikit-sikit mengeluh... sikit-sikit menyerah...




Marilah kita sama-sama mendoa kan... kesejahteraan mereka... :)

Tuesday, October 29, 2013

korban di aidiladha...

Hari Raya AidilAdha dah lama berlalu... baru sekarang saya berkesempatan berkongsi sambutan AidilAdha di Jordan...
Perayaan AidilAdha di bumi syam nie lebih meriah berbanding Aidilfitri... Orang Arab di negara ini menyiapkan pelbagai manisan...juadah... dan banyak lagi... tidak jauh beza dengan persediaan rakyat malaysia sewaktu hari raya AidilFitri... dan yang paling comel... time2 nie budak2 arab yang comel2 berkeliaran... hehehe...

Manisan yang selalu ada masa perayaan...


comel kan??

Dalam post ni... sebenar nya nak kongsi sambutan aidiladha pelajar malaysia dekat sini...
Dimulakan dengan Takbir dekat masjid-masjid terdekat... tapi alunan takbir dekat sini tak lah semerdu dan sesayu takbir kita... takbir dekat sini biasa jak...


Ini adalah kediaman saya di jordan... :) komen sikit??




gambar yang lebih jelas... hehehehe....

Raya pertama tue.. kitarong buat open house...

menu special kami... huhuhuhu......

Kebesokkannya...

Korban Kambing...  sempena Majlis Sambutan AidilAdha pelajar Sabah dekat jordan... yang nie majlis yang sempat saya datang... sebenarnya banyak lagi... :)


Background majlis nie....


pelajar-pelajar lelaki....(pak ustaz.. hehehee)





Forum yang berjudul "Cinta Di hampar kan Di Hujung Lembaran"

  
Kami juga buat Kejutan buat Pasangan nie sempena Ulangtahun perkahwinan mereka (rasanya la...hehee...)




makan!!!



peace!!!... hehehe


Monday, October 14, 2013

motivasi cinta...


assalamualaikum... blog nie dah lama terbiar.. al maklum la balik kampung ari tue terus lupa dunia... :) last update nak dekat raya aidil fitri rasanya....  maybe besok raya aidil adha dah kn?? so... selamat hari raya aidil adha... :) aidilfitri lepas sambut dekat malaysia... aidiladha nie dkt jordan jak... nanti saya update ttg sambutan hari raya d jordan :)...  hari nie masih busy wat persediaan raya besok n program hari raya aidiladha untuk BAKSIS... tadi jumpa motivasi cinta nie... so nak kongsi la....  


 Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dgn orang yg salah sebelum menemui insan yg betulsupaya apabila kita akhirnya menemui insan yg betul, kita akan tahu bagaimana utk bersyukur dgnpemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut.Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yg lain akan terbuka tapi selalunya kita akanmemandang pintu yg telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu lain yg telahpun terbuka untuk kita.Teman yg paling baik ialah seseorang yang kita boleh duduk bersama di dalam buaian dan berbuaibersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dgn perasaan bahawa itulahperbualan yang paling hebat yg pernah kita rasai.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yg kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan jugabenar bahawa kita tidak akan tahu apa yg kita rindukan sehinggalah "Ianya" hadir.Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam utuk menyukaiseseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untukmelupakan seseorang.Jangan pandang kepada kecantikan kerana ianya akan lapuk ditelan usia, jangan kejar kemewahankerana ianya akan susut ditelan masa. Apa yang kekal hanyalah kecantikan hati seseorang...
 
.Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntumsenyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamuteramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknyadengan sebenar.Mimpilah apa yang kamu inginkan, pergilah ke mana-mana yg kamu ingin tujui dan jadilah apa ygkamu inginkan kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukansemua perkara yang ingin kamu lakukan.Semoga kamu memiliki kebahagiaan yg cukup untuk membuatkan diri kamu menarik, percubaan ygcukup utk membuatkan kamu kuat, kesedihan yg cukup utk memastikan kamu adalah seorang insandan harapan yg cukup utk membuatkan kamu bahagia... .Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yg terbaik. Mereka hanyamembuat yg terbaik dalam hampir apa saja yg datang didalam hidup mereka. Kebahagiaan terletakkepada mereka yg menangis, mereka yg terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yg telahmencuba, hanya mereka yg boleh menghargai kepentingan manusia yg telah menyentuh hidupmereka.Cinta bermula dgn senyuman, mekar dgn ciuman dan berakhir dgn tangisan... ..Masa depan yg cerah sentiasa berteraskan kehidupan yg lalu yg telah dilupakan, kamu tidak bolehmeneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga kamu melupakan kegagalan dan kekecewaanmasa silam
 

Saturday, July 13, 2013

Puasa di Jordan...

Entri kali nie... nak kongsi pengalaman pertama saya berpuasa diperantauan biarpun sudah tahun kedua belajar di jordan...
petang semalam saya n housemate meronda balad(pekan) irbid membeli barangan untuk jualan bazar ramadhan (part-time) sambil mengamati suasana ramdhan orang-orang arab di negara ini...
Pakcik Arab nie jual air minuman yang dikenali sebagai "Tamarhindi". minuman nie sangat popular dikalangan arab dinegara nie selain teh dan kopi.. minuman nie hanya boleh didapati di kebanyakkan kedai pada musim bunga,luruh dan musim panas..dan minuman nie merupakan salah satu juadah berbuka puasa mereka..
nie pasar jual ayam,daging,sayur,buah dan jual sampah... hehehehe...teda la tempat nie jual bahan mentah yang segar dan murah...
tembikai!!! 3 biji = 1JD (Rm4.30) 

lepas tue... beli falafil dekat budak arab nie...mengidam nak makan masa nak berbuka.. maklumlah.. teda kuih-muih melayu...

nie la falafil... bentuk nya lebih kurang mcm fishball tp tak sama...
falafil nie sedap n ranggup... diperbuat dari kacang kuda...
besa nya dimakan dengan roti tapi saya makan macam tue jak...

lepas kenyang berbuka pada jam8.05 pm...
saya pergi terawih dekat masjid universit of yarmouk....
first time..
solat dekat kawasan taman tepi masjid...


penuh kan??? tempat kita ada?? huhuhu...
biarpun jauh diperantau..namun ramadhan masih boleh disambut dengan hati yang gembira...
salam ramadhan...