Thursday, February 28, 2013

Cicak...

 

 "Arghhhh!!!!! cicak... geli nya!!!!!" dialog sebahagian kaum hawa di luar sana...hehehe..tapi hari nie saya nak kongsi sesuatu yang kita boleh belajar dari cicak....erm..belajar??? jadi cicakman ka??? cicakwomen ka?? cicakids ka?? so the answer is NO!!! but to be a succes guys...^_^..

cuba kita perhatikan cicak boleh melekat di siling atau di dinding...sebab cicak  memiliki kaki yang cukup unik...boleh melekat..melompat..dan mendakap dengan begitu kuat dan cekap... kita semua tahu bahawa makanan cicak adalah serangga yang boleh terbang seperti lalat, kumbang kecil, nyamuk dan lain-lain lagi la...

 

Kalo kita fikir secara logik, mana mungkin cicak yang hanya ada kaki yang melekap di dinding dan di siling mampu "memburu" mangsanya yang boleh terbang??... Bukankah lebih sesuai jika Allah kurniakan untuk cicak sepasang sayap supaya cicak tue boleh terbang untuk memburu mangsa-mangsanya?? baru la adil... TeTaPi Allah SWT Maha Mengetahui...Walaupun cicak tidak dikurniakan sayap...Allah mengurniakannya lidah yang panjang, mata yang tajam dan kecekapan yang luar biasa untuk mendapatkan rezekinya...

Seolah-olah cicak tidak "mengeluh" kerana tidak bersayap..sebaliknya menggunakan lidah, mata dan kakinya dengan penuh kesungguhan untuk mencari rezeki... Senang cakap la kan... cicak ignore jak...buat tak kisah dengan kekurangannya tapi dia hanya fokus dengan kelebihannya... Hasilnya..cicak tetap dijamin rezekinya...belum pernah nampak cicak mati kelaparan..kalo salah step dan jatuh dekat gam lalat dan mati kelaparan "pernah la"...hehee... ini satu point yang kita kena take note...daripada cicak...

Kita sebagai manusia...normal la....kalo kita ada kelebihan dan juga kekurangan...semua orang nak berjaya...tiada siapa pun mau gagal...kan??? so kita hanya perlu tumpukan pada kekuatan kita... Mybe kita miskin tetapi itu bukanlah penghalang untuk kita berjaya...tumpukanlah pada kerajinan kita.. Mybe fizikal kita agak lemah tapi kita pertajamkanlah fikiran kita...

Mungkin kita tidak mempunyai kelulusan yang tinggi seperti sesetengah kakitangan lain di syarikat tempat kita bekerja...tetapi kita masih boleh membina kredibiliti dengan menjalin hubungan yang baik dengan ketua, dengan rakan sekerja dan dengan pelanggan syarikat...dan kita masih berpeluang meningkatkan nilai potensi diri dengan bekerja secara bijak, memanfaatkan masa bekerja secara optimum dan menambah ilmu serta kemahiran... the main point dekat sini... ialah jangan jadikan kekurangan kita sebagai satu alasan...tetapi tukarkan ia menjadi satu kelebihan!!!!


 


So... bila kita melihat cicak...kita harus sedar bahawa kita lebih mulia dari cicak... Pandang lah pada kelebihan yang kita ada... Percayalah... kelebihan pada diri kita lebih banyak daripada kekurangannya.. Allah SWT menciptakan kita untuk berjaya... so percaya lah semua orang boleh berjaya.... 

Pandanglah kekuatan kita sebagai seorang individu yang punya pelbagai keistimewaan... Allah Maha Kaya, ada kelebihan pada setiap manusia yang di ciptakanNya termasuk diri kita...terdapat satu ungkapan yang berbunyi :-
"Tuhan tidak mencipta manusia bodoh, Dia hanya mencipta manusia dengan kebijaksanaan berbeza"
Jika cicak pun ada kelebihannya... Manusia sebagai khalifah Allah yang hebat tentu punya lebih dari itu... so...cari dan temuilah kelebihan itu untuk berjaya!!!!...

:: Ubahsuai dari buku "Nota Fikir untuk Zikir" -Pahrol Mohd Juoi ::



2 comments:

  1. Huraian menarik..=)
    Teruskan lagi..

    ReplyDelete
  2. :') "Tuhan tidak mencipta manusia bodoh, Dia hanya mencipta manusia dengan kebijaksanaan berbeza"

    ReplyDelete