Thursday, August 9, 2012

rEsDuNg...

TAHUKAH ANDA PENYAKIT RESDUNG MENYEBABKAN KIRA-KIRA 10% DARIPADA PENDUDUK DI NEGARA KITA MERANA???

Pada tengkorak kepala kita terdapat ruang-ruang udara kosong yang dinamakan 'sinus'. Resdung adalah radang atau proses inflasi pada lapisan dalam ruang-ruang udara(sinus) ini. Justeru itu, penyakit resdung juga dikenali sebagai "sinusitis"..




PUNCA TERJADI RESDUNG???

Terdapat beberapa faktor dan penyakit lain yang dipercayai boleh mengakibatkan seseorang menghidap resdung (sinusitis)..antara yang utama adalah jangkitan kuman seperti bakteria dan virus yang berulang kali pada rongga hidung yang kerap menyebabkan seseorang mendapat demam dan selesema...

        
malah ketumbuhan dari dalam hidung seperti "polyps" dan kanser turut dikaitkan dengan penyakit resdung...struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin di akibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit  resdung....bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang senget/tidak lurus (deviated nasal septum) risiko untuk mendapat penyakit resdung agak tinggi...


selain daripada itu.... kerosakkan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan resdung...kuman atau bakteria yang berasal daripada kerosakkan atau sakit gigi boleh menyebabkan resdung....hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus...rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi ( dikenali sebagai maxillary sinus ) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinusitis akibat kerosakkan gigi...

Disamping itu.... kajian menunjukkan tabiat berenang dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini.....


:: sumber- majalah seri dewi keluarga-1/7/2003-petikan asal ( Dr.Azhar Bin Amir Hamzah ) ::

No comments:

Post a Comment