Wednesday, March 13, 2013

Don't make me angry..!!!




 




angry..or kata nama lain marah... tapi dalam bahasa arab غضب (ghadab)... semua orang pasti akan marah bila hati kita sakit... erm..today saya nak kongsi satu kisah...kisah yang di petik dan di ubahsuai dari kelas "life skill (مهارة حياتية)" ...


"arghhh..!!!!... awak nie #$%*?? la... pasal semua orang di dunia nie... buat saya marah... "
kelihatan daniel pulang dalam keadaan marah...sambil menendang rumput-rumput di halaman rumah nya...
di satu sudut rumah...  Mr. Rahman memerhati gelagat anaknya...hatinya mulai rasa resah...sifat panas baran anaknya...semakin hari...semakin teruk...
"saya rasa perlu buat sesuatu "


keesokkan hari nya...

" Daniel... tolong papa...paku kan papan nie... boleh???"
" paku?? papan??? what!!!... "
seperti yang di jangka... temperature daniel pasti akan naik....namun Mr.Rahman hanya senyum dan tersengih...
" tolong la papa... erm nie... sekotak paku...dan tukul... " daniel menyambut kotak dan paku tanpa berkata apa-apa...
"erm...daniel... kalo rasa marah... lepaskan lah kemarahan dengan paku..." kata-kata Mr.Rahman sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah...
"betul juga kata-kata papa tadi... erm.. at least.. lepas jua geram aku sambil membantu papa...hmm"

bermula saat itu... daniel menurut saranan bapa nya untuk melepaskan geramnya...tapi dia merasa sukar memaku papan...penat dan susah.... pada mulanya...dia berjaya memaku sebanyak 37 batang paku.... namun semakin hari semakin berkurangan..kerana...dia berusaha untuk mengawal marahnya...

" erm... papa... terima kasih...sebab sedar dan ajar daniel untuk mengawal kemarahan daniel...kini daniel sedar...dan faham kenapa papa minta daniel paku kan semua papan tue...."

"sama-sama... bagus la..daniel dah sedar....so sekarang... daniel cabut...paku-paku tue...setiap hari yang daniel tak marah.. ok??"

cabut paku??? erm... kenapa aik?? pasal la papa nie...uda saya penat-penat pakukan semua papan tue...nak cabut pulak...tapi hari-hari saya tak marah?? ok...i will try...

daniel mula melaksanakan saranan bapanya.... sehingga la semua paku habis di cabut...kemudian dia datang mengkhabarkan kepada Mr.Rahman...

"tahniah anakku... kamu kini sudah berjaya mengawal kemarahan kamu...dan berjaya untuk tidak marah... tapi cuba daniel tengok pada papan nie..."

" kenapa dengan papan nie papa???"

"tengok keadaan papan nie... berlubang....biarpun sudah di cabut paku pada papan nie...namun  keadaan nya tidak akan pernah kembali pada asal.... begitu juga dengan hati-hati yang orang kita pernah marah... sebanyak mana pun kita minta maaf.... tidak akan pernah menyembuhkan luka di hati orang....tanpa ada bekas walau pun sedikit...sedangkan luka di jari berbekas nie kan pula di hati..."

so...the moral of story is....
kawal la marah kita... sebelum banyak lagi hati yang akan kita akan sakiti..

“Apabila salah seorang daripada kamu marah, dan ketika itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring” (Riwayat Muslim)

Nabi Muhammad S.A.W telah menitipkan pesan cara kita mengawal marah kita..so ikuti la...nescaya selamat dunia n akhirat...insyallah... Allahua'lam....


Friday, March 1, 2013

sederas arus sungai nil~

 Ini sambutan hari jadi kak "M" pada tarikh 23/1/2013 sebenarnya ini adalah tarikh yg sama dengan birthday saya...
Pizza Master nie la menjadi saksi kesedihan saya menyambut birthday orang pada hari jadi sendiri..
huh!! sedih dan tragiss!!semua ini terjadi semasa cuti semester lepas..semasa kami serumah
" bayt wonderpets"
pergi Mesir...
"hapy btdy fal ^_^ sambutan hari jadi bukan adat kita..itu adat org barat..jgn sedih..tp kena bersyukur sbb masih dikurniakn umur...tak pa la..teda sambutan lg pun kan uda besar.."
pada waktu sedih p la hantar sms dkt "k" dan diatas tue la balasan dia...hmm...tp itu yg saya faham la...sms yg betul tak ingat dkt hp mana?? *trip bnyk hp... hehe..*
tp sbb sms tue hilang la sikit rasa sedih...


hampir 1 minggu kami berusaha *saya sikit la* untuk meraih sijil yang kami pegang...akhir nya tamat juga...

kemudian kami meneruskan misi kami menjelajah mesir..
Banyak tempat kami pergi...tp saya tak uplod la gambar dekat sini bnyk2...dekat fb saya ada...^_^
 
Ini adalah sungai nil~ 
mesti semua tahu..tamadun mesir purba bermula di sini!!
dan 
Nabi Musa alaihi salam pun di hanyut kan di sungai nil..kemudian di angkat oleh permaisuri firaun untuk dijadikan anak angkat...
Semasa menikmat pemandangan sungai Nil nie..dengan menaik bot cantik nie...
Tiba-tiba..!!
"mari kita semua baca doa agar kita semua selamat dalam bot nie...amin.."
saya rasa pelik..apasal semua formal nie...tak pa la lepas tue ayat nie keluar..
" di kesempatan yang indah ini juga..saya ingin mengucapkan kepada semua kerana sudi hadir pada petang ini dan mengucapkan selamat memperingati hari kelahiran untuk saudari kita yang dari Labuan ini"
whats??? my birthday party in nile river??
deras nya airmata mengalir~
impian menjadi kenyataan... bersyukur+gembira+sedih++++ 
nda tahu la....macam mana nak gambar kan perasaan...
thanks semua!! ^_^ love you all..

 kak W: kaka sebagai bayt wonderpets sangat berbangga dan kami berharap agar segala hajat dicapai sempena harijadi yang ke-20..happy birthday senah helwa...

kak U: assalamualaikum fal...selamat hari jadi..senah helwa ya ukhti mahbubati...maaflah lambat...ko kan mahu disungai nil...jadi terpaksa la dilambat kan..bukan terpaksa la tp apa nya orang sengaja dilambatkan.untuk menunaikan hajat mu menyambut harijadi di sungai nil..alhamdulilah tercapai juga kan?? semoga menjadi anak yang solehah dapat menyejukkan hati ibu bapa...dan selepas ini menjadi lebih maju dan mantap..dan menjadi wanita yang muslimah...amin...

kak B:assalamualaikum ... fal!! kaka minta maaf banyak ah?? kaka memang sengaja sakit kan hati mu..sorrylah sebb banyak buat salah dengan ko ya??kaka doa kan sempena birthday mu nie...semoga segala doa yang mohon di jordan, di mesir..dan dimana-mana.di makbulkan...semoga menjadi wanita yang solehah..penyejuk mata ibu bapa dan semuanya...

 
ucapan dari mama ^_^

"selamat hari jadi kaka walaupun sebelum atau selepas atau ngam(betul) hari ini di sana 23 hb mama inda tau tapi mama doa kan anak mama yang cute, and mama sayang ni semoga panjang umur murah rezeki, sihat selalu,cantik always dan sayangkan mama sentiasa, semoga tuhan memberkati mu sayang dan ++++, semoga menjadi seorang gadis pingitan yang berumur 20 tahun ini menjadi lebih dewasa, mama always love,miss you,remember you all time honey, dengan satu pesanan lagi berdoa lah pada Allah walau dimana pun kita berada...mama sayang anak mama yang bernama "n******a" anak gadis satu-satunya dalam hidup mama "

Thursday, February 28, 2013

Cicak...

 

 "Arghhhh!!!!! cicak... geli nya!!!!!" dialog sebahagian kaum hawa di luar sana...hehehe..tapi hari nie saya nak kongsi sesuatu yang kita boleh belajar dari cicak....erm..belajar??? jadi cicakman ka??? cicakwomen ka?? cicakids ka?? so the answer is NO!!! but to be a succes guys...^_^..

cuba kita perhatikan cicak boleh melekat di siling atau di dinding...sebab cicak  memiliki kaki yang cukup unik...boleh melekat..melompat..dan mendakap dengan begitu kuat dan cekap... kita semua tahu bahawa makanan cicak adalah serangga yang boleh terbang seperti lalat, kumbang kecil, nyamuk dan lain-lain lagi la...

 

Kalo kita fikir secara logik, mana mungkin cicak yang hanya ada kaki yang melekap di dinding dan di siling mampu "memburu" mangsanya yang boleh terbang??... Bukankah lebih sesuai jika Allah kurniakan untuk cicak sepasang sayap supaya cicak tue boleh terbang untuk memburu mangsa-mangsanya?? baru la adil... TeTaPi Allah SWT Maha Mengetahui...Walaupun cicak tidak dikurniakan sayap...Allah mengurniakannya lidah yang panjang, mata yang tajam dan kecekapan yang luar biasa untuk mendapatkan rezekinya...

Seolah-olah cicak tidak "mengeluh" kerana tidak bersayap..sebaliknya menggunakan lidah, mata dan kakinya dengan penuh kesungguhan untuk mencari rezeki... Senang cakap la kan... cicak ignore jak...buat tak kisah dengan kekurangannya tapi dia hanya fokus dengan kelebihannya... Hasilnya..cicak tetap dijamin rezekinya...belum pernah nampak cicak mati kelaparan..kalo salah step dan jatuh dekat gam lalat dan mati kelaparan "pernah la"...hehee... ini satu point yang kita kena take note...daripada cicak...

Kita sebagai manusia...normal la....kalo kita ada kelebihan dan juga kekurangan...semua orang nak berjaya...tiada siapa pun mau gagal...kan??? so kita hanya perlu tumpukan pada kekuatan kita... Mybe kita miskin tetapi itu bukanlah penghalang untuk kita berjaya...tumpukanlah pada kerajinan kita.. Mybe fizikal kita agak lemah tapi kita pertajamkanlah fikiran kita...

Mungkin kita tidak mempunyai kelulusan yang tinggi seperti sesetengah kakitangan lain di syarikat tempat kita bekerja...tetapi kita masih boleh membina kredibiliti dengan menjalin hubungan yang baik dengan ketua, dengan rakan sekerja dan dengan pelanggan syarikat...dan kita masih berpeluang meningkatkan nilai potensi diri dengan bekerja secara bijak, memanfaatkan masa bekerja secara optimum dan menambah ilmu serta kemahiran... the main point dekat sini... ialah jangan jadikan kekurangan kita sebagai satu alasan...tetapi tukarkan ia menjadi satu kelebihan!!!!


 


So... bila kita melihat cicak...kita harus sedar bahawa kita lebih mulia dari cicak... Pandang lah pada kelebihan yang kita ada... Percayalah... kelebihan pada diri kita lebih banyak daripada kekurangannya.. Allah SWT menciptakan kita untuk berjaya... so percaya lah semua orang boleh berjaya.... 

Pandanglah kekuatan kita sebagai seorang individu yang punya pelbagai keistimewaan... Allah Maha Kaya, ada kelebihan pada setiap manusia yang di ciptakanNya termasuk diri kita...terdapat satu ungkapan yang berbunyi :-
"Tuhan tidak mencipta manusia bodoh, Dia hanya mencipta manusia dengan kebijaksanaan berbeza"
Jika cicak pun ada kelebihannya... Manusia sebagai khalifah Allah yang hebat tentu punya lebih dari itu... so...cari dan temuilah kelebihan itu untuk berjaya!!!!...

:: Ubahsuai dari buku "Nota Fikir untuk Zikir" -Pahrol Mohd Juoi ::



Tuesday, February 19, 2013

Santan atau mutiara

Sahabatku bila kita berkawan dengan lelaki ingat lah ada dua pilihan yang terbentang
 

YANG PERTAMA !!
Kamu jadi seperti kelapa..
Mudah diperoleh..
Diparut..
Diperah..
Dan diambil santannya..
Lepas tu hampasnya dibuang...

 

 YANG KEDUA !!
Kamu menjadi sebutir mutiara..
Berada di dasar lautan..
Tersimpan rapi..
Dilindungi kulit..
Bukan senang nak melihat..
Apa lagi mendapatkannya..
hanya orang yang bertuah..
Berusaha menyelami dasar lautan..
Dapat memperolehnya..
Harganya mahal sekali..
Dan ia akan tersimpan selamanya..


JADI .....
Kamu pilihlah samada
Hendak menjadi kelapa ataupun mutiara..


Di sebalik SANTAN ...
menjadi penyedap makanan..
diperah segala kenikmatan..
dengan mudah jatuh menjadi titisan..
akhirnya habis kari dimakan..
pulut panggang sisa habis ditelan..
dan santan hilang tak jadi ingatan..
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..
orang tak kenang jasa santan..

 MUTIARA ...
Tertanam di dasar yang paling dalam..
sukar andai mengharap jadi perhatian kerana
dilapisi kulit yang keras
menghadang..
namun kiranya ditemui insan..
akan menjadi permata hiasan..
terletak tinggi di cincin idaman..
atau di leher nan jinjang..
atau di lengan menawan..
makin lama mutiara tertanam..
makin tinggi nilaian..

 OLEH ITU..TENTUKAN YANG MANA
SATU PILIHAN..
Menjadi santan..
mudah jadi perhatian..
tapi hanya sebentar jadi santapan..
kemudian hilang segala nikmat dan pujian..
Menjadi mutiara..
sukar ditemukan..
namun bila dihias indah gadis perawan..
hilang ia..
tangisan mengiringi berzaman.. Kelapa
atau Mutiara - Nasihat Untuk Wanita :-)

NASIHAT UNTUK WANITA DAN PERINGATAN UNTUK LELAKI.

 

:: kata2 indah yang dipetik dari page UAI ( Ustaz Azhar Idrus ) ::




 

Friday, January 18, 2013

IraMa Salji AlunAn cintaNya..



indah kan ciptaanNya..

sambil mengamati keindahan pemandangan salji..
maka terhasil la...
Mr.Snowmen..
 
Tahun 2013..Irbid turun salji..
sememangnya anugerah dari Allah...

Disebebkan Exam Tangguh..
Jadi main salji la!!!!
 
 sebab terlalu tebal... terjatuh!!


Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 22..
 
"وَإِنْ كُنْتُمْ فِي رَيْبٍ مِمَّا نَزَّلْنَا عَلَى عَبْدِنَا فَأْتُوا بِسُورَةٍ مِنْ مِثْلِهِ وَادْعُوا شُهَدَاءَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ"
 Maksudnya : (Dialah) yang menjadikan  bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dialah yang menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia hasilkan dengan(hujan) itu buah-buahan sebagai rezeki untukmu. karena itu janganlah kamu mengadakan tandingan-tandingan bagi Allah, padahal kamu mengetahui.


Thursday, December 13, 2012

Islam...^_^


first look..is the first think..
Post kali nie..
nak cerita tentang islam..
Rukun islam..adalah asas bagi islam...

Ibadat???

hmmm... kalo kita tengok dan perhati...
islam sememangnya mengambarkan ibadat..

but don't be stress..

Cinta..itu pengorbanan...
So..
demi sebuah cinta...
Kita pasti mampu lakukan nya...

berbalik pada cerita kita...
islam itu ibadah..


tapi..ibadah bukanlah hanya sembahyang dan puasa..

sedekah..ibadah...
bersihkan kawasan sekolah...ibadah
berbakti dengan tanah..ibadah
hah..yang nie pun ibadah juga...huhuhu..

semua perbuatan kita yang baik di kira ibadah..
Ingin mendapat CintaNya..
insyallah....
Hanya dengan kebaikkan dan keIkhlasan
kita pasti boleh meraih CintaNya..
tapi bukan bermakna kita tak buat ibadah asas..
solat 5 waktu..
nie adalah kunci ketenangan..
( cuba la..saya dah..hehehe ^_^)
puasa..
boleh kurus tau...hehehe


hal ini terbukti dalam surah AL-BAQARAH ayat 110 :-

"وَأَقِيمُواْ الصَّلاَةَ وَآتُواْ الزَّكَاةَ وَمَا تُقَدِّمُواْ لأَنفُسِكُم مِّنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِندَ اللّهِ إِنَّ اللّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ "

maksudnya : dan laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat. dan kebaikkan yang kamu kerjakan untuk dirimu, kamu akan mendapat (pahala) disisi Allah.Sungguh, Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan..
Tapi jgn lupa kesetiaan dan ketaatan kita...
itu juga peranan terpenting dalam Cinta..kita padaNya..