Thursday, February 28, 2013

Cicak...

 

 "Arghhhh!!!!! cicak... geli nya!!!!!" dialog sebahagian kaum hawa di luar sana...hehehe..tapi hari nie saya nak kongsi sesuatu yang kita boleh belajar dari cicak....erm..belajar??? jadi cicakman ka??? cicakwomen ka?? cicakids ka?? so the answer is NO!!! but to be a succes guys...^_^..

cuba kita perhatikan cicak boleh melekat di siling atau di dinding...sebab cicak  memiliki kaki yang cukup unik...boleh melekat..melompat..dan mendakap dengan begitu kuat dan cekap... kita semua tahu bahawa makanan cicak adalah serangga yang boleh terbang seperti lalat, kumbang kecil, nyamuk dan lain-lain lagi la...

 

Kalo kita fikir secara logik, mana mungkin cicak yang hanya ada kaki yang melekap di dinding dan di siling mampu "memburu" mangsanya yang boleh terbang??... Bukankah lebih sesuai jika Allah kurniakan untuk cicak sepasang sayap supaya cicak tue boleh terbang untuk memburu mangsa-mangsanya?? baru la adil... TeTaPi Allah SWT Maha Mengetahui...Walaupun cicak tidak dikurniakan sayap...Allah mengurniakannya lidah yang panjang, mata yang tajam dan kecekapan yang luar biasa untuk mendapatkan rezekinya...

Seolah-olah cicak tidak "mengeluh" kerana tidak bersayap..sebaliknya menggunakan lidah, mata dan kakinya dengan penuh kesungguhan untuk mencari rezeki... Senang cakap la kan... cicak ignore jak...buat tak kisah dengan kekurangannya tapi dia hanya fokus dengan kelebihannya... Hasilnya..cicak tetap dijamin rezekinya...belum pernah nampak cicak mati kelaparan..kalo salah step dan jatuh dekat gam lalat dan mati kelaparan "pernah la"...hehee... ini satu point yang kita kena take note...daripada cicak...

Kita sebagai manusia...normal la....kalo kita ada kelebihan dan juga kekurangan...semua orang nak berjaya...tiada siapa pun mau gagal...kan??? so kita hanya perlu tumpukan pada kekuatan kita... Mybe kita miskin tetapi itu bukanlah penghalang untuk kita berjaya...tumpukanlah pada kerajinan kita.. Mybe fizikal kita agak lemah tapi kita pertajamkanlah fikiran kita...

Mungkin kita tidak mempunyai kelulusan yang tinggi seperti sesetengah kakitangan lain di syarikat tempat kita bekerja...tetapi kita masih boleh membina kredibiliti dengan menjalin hubungan yang baik dengan ketua, dengan rakan sekerja dan dengan pelanggan syarikat...dan kita masih berpeluang meningkatkan nilai potensi diri dengan bekerja secara bijak, memanfaatkan masa bekerja secara optimum dan menambah ilmu serta kemahiran... the main point dekat sini... ialah jangan jadikan kekurangan kita sebagai satu alasan...tetapi tukarkan ia menjadi satu kelebihan!!!!


 


So... bila kita melihat cicak...kita harus sedar bahawa kita lebih mulia dari cicak... Pandang lah pada kelebihan yang kita ada... Percayalah... kelebihan pada diri kita lebih banyak daripada kekurangannya.. Allah SWT menciptakan kita untuk berjaya... so percaya lah semua orang boleh berjaya.... 

Pandanglah kekuatan kita sebagai seorang individu yang punya pelbagai keistimewaan... Allah Maha Kaya, ada kelebihan pada setiap manusia yang di ciptakanNya termasuk diri kita...terdapat satu ungkapan yang berbunyi :-
"Tuhan tidak mencipta manusia bodoh, Dia hanya mencipta manusia dengan kebijaksanaan berbeza"
Jika cicak pun ada kelebihannya... Manusia sebagai khalifah Allah yang hebat tentu punya lebih dari itu... so...cari dan temuilah kelebihan itu untuk berjaya!!!!...

:: Ubahsuai dari buku "Nota Fikir untuk Zikir" -Pahrol Mohd Juoi ::



Tuesday, February 19, 2013

Santan atau mutiara

Sahabatku bila kita berkawan dengan lelaki ingat lah ada dua pilihan yang terbentang
 

YANG PERTAMA !!
Kamu jadi seperti kelapa..
Mudah diperoleh..
Diparut..
Diperah..
Dan diambil santannya..
Lepas tu hampasnya dibuang...

 

 YANG KEDUA !!
Kamu menjadi sebutir mutiara..
Berada di dasar lautan..
Tersimpan rapi..
Dilindungi kulit..
Bukan senang nak melihat..
Apa lagi mendapatkannya..
hanya orang yang bertuah..
Berusaha menyelami dasar lautan..
Dapat memperolehnya..
Harganya mahal sekali..
Dan ia akan tersimpan selamanya..


JADI .....
Kamu pilihlah samada
Hendak menjadi kelapa ataupun mutiara..


Di sebalik SANTAN ...
menjadi penyedap makanan..
diperah segala kenikmatan..
dengan mudah jatuh menjadi titisan..
akhirnya habis kari dimakan..
pulut panggang sisa habis ditelan..
dan santan hilang tak jadi ingatan..
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..
orang tak kenang jasa santan..

 MUTIARA ...
Tertanam di dasar yang paling dalam..
sukar andai mengharap jadi perhatian kerana
dilapisi kulit yang keras
menghadang..
namun kiranya ditemui insan..
akan menjadi permata hiasan..
terletak tinggi di cincin idaman..
atau di leher nan jinjang..
atau di lengan menawan..
makin lama mutiara tertanam..
makin tinggi nilaian..

 OLEH ITU..TENTUKAN YANG MANA
SATU PILIHAN..
Menjadi santan..
mudah jadi perhatian..
tapi hanya sebentar jadi santapan..
kemudian hilang segala nikmat dan pujian..
Menjadi mutiara..
sukar ditemukan..
namun bila dihias indah gadis perawan..
hilang ia..
tangisan mengiringi berzaman.. Kelapa
atau Mutiara - Nasihat Untuk Wanita :-)

NASIHAT UNTUK WANITA DAN PERINGATAN UNTUK LELAKI.

 

:: kata2 indah yang dipetik dari page UAI ( Ustaz Azhar Idrus ) ::




 

Friday, January 18, 2013

IraMa Salji AlunAn cintaNya..



indah kan ciptaanNya..

sambil mengamati keindahan pemandangan salji..
maka terhasil la...
Mr.Snowmen..
 
Tahun 2013..Irbid turun salji..
sememangnya anugerah dari Allah...

Disebebkan Exam Tangguh..
Jadi main salji la!!!!
 
 sebab terlalu tebal... terjatuh!!


Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 22..
 
"وَإِنْ كُنْتُمْ فِي رَيْبٍ مِمَّا نَزَّلْنَا عَلَى عَبْدِنَا فَأْتُوا بِسُورَةٍ مِنْ مِثْلِهِ وَادْعُوا شُهَدَاءَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ"
 Maksudnya : (Dialah) yang menjadikan  bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dialah yang menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia hasilkan dengan(hujan) itu buah-buahan sebagai rezeki untukmu. karena itu janganlah kamu mengadakan tandingan-tandingan bagi Allah, padahal kamu mengetahui.


Thursday, December 13, 2012

Islam...^_^


first look..is the first think..
Post kali nie..
nak cerita tentang islam..
Rukun islam..adalah asas bagi islam...

Ibadat???

hmmm... kalo kita tengok dan perhati...
islam sememangnya mengambarkan ibadat..

but don't be stress..

Cinta..itu pengorbanan...
So..
demi sebuah cinta...
Kita pasti mampu lakukan nya...

berbalik pada cerita kita...
islam itu ibadah..


tapi..ibadah bukanlah hanya sembahyang dan puasa..

sedekah..ibadah...
bersihkan kawasan sekolah...ibadah
berbakti dengan tanah..ibadah
hah..yang nie pun ibadah juga...huhuhu..

semua perbuatan kita yang baik di kira ibadah..
Ingin mendapat CintaNya..
insyallah....
Hanya dengan kebaikkan dan keIkhlasan
kita pasti boleh meraih CintaNya..
tapi bukan bermakna kita tak buat ibadah asas..
solat 5 waktu..
nie adalah kunci ketenangan..
( cuba la..saya dah..hehehe ^_^)
puasa..
boleh kurus tau...hehehe


hal ini terbukti dalam surah AL-BAQARAH ayat 110 :-

"وَأَقِيمُواْ الصَّلاَةَ وَآتُواْ الزَّكَاةَ وَمَا تُقَدِّمُواْ لأَنفُسِكُم مِّنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِندَ اللّهِ إِنَّ اللّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ "

maksudnya : dan laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat. dan kebaikkan yang kamu kerjakan untuk dirimu, kamu akan mendapat (pahala) disisi Allah.Sungguh, Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan..
Tapi jgn lupa kesetiaan dan ketaatan kita...
itu juga peranan terpenting dalam Cinta..kita padaNya..