Thursday, April 30, 2015

Lalai.....

Hati yang di ciptaNya penuh dengan pelbagai rasa dan keinginan,
Cinta dan Teguran adalah makanan hati,
Gambaran demi gambaran Allah ceritakan dalam Furqan,
Senyum dan tangismu kelak bergantung pada amal dan hatimu,
Rabb tanpa henti mengingatkan akan kesempurnaan dirimu adalah hasil-Nya yang tiada tolak tandingan.
"Apakah yang telah memperdayakan kamu terhadap tuhan kamu yang maha Pemurah"
"Dan, tahukah engkau apakah hari pembalasan itu?"
"Kemudian itu, tahukah engkau apakah hari pembalasan itu?"
Dialog itu tertulis indah dalam Al-Quran Al-karim
Persoalan yang sengaja Allah ulang,
Mengambarkan dasyat sungguh api neraka apabila menjilat tubuhmu,
tapi hati manusia masih terus lena dengan dingin bayu yang membelai tubuh,
Sedarlah duhai hati, lena yang panjang tidak menjamin kesejahteraan diri di dunia apalagi di akhirat,
Didiklah hatimu dan dirimu untuk bangun dari lena kamu yang panjang.

 

Saturday, April 4, 2015

6 perkara mewajibkan mandi wajib

salam...Kiks...
Tahukah 6 perkara yang mewajibkan kita samaada lelaki mahupun perempuan untuk bersuci atau yang lebih tepatnya lagi... mandi wajib...

Berikut adalah 6 perkara tersebut :-

1) Jika keluar air mani disebabkan syahwat( perkara fitrah manusia) ketika tidur mahupun ketika bangun dari tidur...
 نتيجة بحث الصور عن ‪bangun tidur‬‏
 warna air mani antara perempuan dengan lelaki... ada beza.... air mani lelaki berwarna putih yang pekat, yang tebal yang padat( Admin x sure nak gambar kan secara tepat... kaum Adam lagi arif la kot? hehehe)
manakala air mani perempuan berwarna kuning yang agak lembut...dengan nama lain soft yellow... hihihi...

2) Jika berlaku persetubuhan antara lelaki dan perempuan ( yang halal )... samaada keluar air mani ataupun tidak...
 نتيجة بحث الصور عن ‪cat sleep together‬‏
3)Setelah berhentinya darah haid...
 نتيجة بحث الصور عن ‪haid‬‏
4)Setelah berhentinya darah nifas....

 نتيجة بحث الصور عن ‪baby n mom‬‏
5) Jika seseorang itu memeluk agama islam...
 نتيجة بحث الصور عن ‪masuk islam‬‏
6) Jika meninggalnya seorang muslim...
 نتيجة بحث الصور عن ‪cara memandikan jenazah‬‏
Lelaki hanya wajib  mandi jika berlaku padanya nombor 1,2,5 dan 6. Hal ini adalah disebabkan nombor 3 dan 4 hanya khusus untuk wanita. Oleh itu, kaum wanita wajib  mandi wajib jika berlaku padanya perkara-perkara yang saya sebutkan diatas.

Firman ALLAH S.W.T dalam surah Al-Baqarah 2:222 "Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang suka mensucikan diri"


نتيجة بحث الصور عن ‪baby bath‬‏






Sunday, March 15, 2015

Dosa VS Sampah....




 
Setiap peringkat kehidupan manusia pasti membuat Sampah dan Dosa...percaya atau tidak?
Kecuali kanak-kanak yang belum akil baligh dan belum boleh berfikir secara rasional, tapi mereka penyumbang sampah yang banyak.

CONTOH 1 :- Lapar...
Sisa makanan (sampah?)

نتيجة بحث الصور عن ‪pembaziran makanan‬‏
Pembaziran( dosa?)
  CONTOH 2 :- Hiburan....
Tengok wayang konferm la ada snack...( sampah?)
نتيجة بحث الصور عن ‪pusat hiburan‬‏
Dosa??
 CONTOH 3 :- KERJA...
نتيجة بحث الصور عن ‪office rubbish‬‏
Office ( sampah?)
نتيجة بحث الصور عن ‪malas kerja‬‏
malas kerja ( dosa?)

Dosa kecil dan dosa besar adalah perkara yang sinonim dengan makhluk ciptaan Allah S.W.T. yang digelar manusia. Disebabkan manusia sinonim dengan dosa, tidaklah aib baginya apabila terbuat dosa ( terbuat bukan bermakna sengaja membuat dosa), tapi Aib baginya apabila tidak membersihkan dosanya.

Sampah adalah perkara biasa juga dalam kehidupan manusia , tapi membiarkan sampah adalah perkara yang luar biasa dan akan menimbulkan pelbagai perkara negatif. 
نتيجة بحث الصور عن ‪buang sampah merata-rata‬‏
banjir
نتيجة بحث الصور عن ‪denggi‬‏
denggi
نتيجة بحث الصور عن ‪akibat sampah‬‏
kepupusan haiwan


Apa tindakan kita sebagai manusia dengan dosa dan sampah yang kita hasilkan setiap hari?
نتيجة بحث الصور عن ‪taubat‬‏
Taubat nasuha, memohon keampunan dan jangan ulangi lagi.

نتيجة بحث الصور عن ‪menjaga alam‬‏
buanglah sampah di tempatnya...


Tiada ruginya kita meminta keampunan kepada Allah S.W.T...

Wednesday, December 31, 2014

A cake???



Kiks, mesti pernah dengar tentang 9 akal 1 nafsu & 1 akal 9 nafsu?? Nafsu seorang lelaki mampu mempengaruhi akal sihat mereka hanya keimanan mampu mengawalnya.
Andai seorang perempuan mampu mendengar bisikan minda dan hati seorang lelaki saat mata mereka memandang setiap susuk tubuh wanita yang berada dalam linkungan pandangan mereka, saya pasti pakaian keluaran gucci, dior, valentino, prada dan lain-lain lagi tak akan pernah wujud. 
seorang vlogger barat mengatakan " a booty girl just like a cake"...  a cake?? seriously a cake?
like a cake??

 Bayangkan sepotong oreo cheese cake dihidangkan dihadapan anda, apa yang akan anda buat..? pertama sekali "TATAP", kedua  "SENYUM", ketiga " MEMBAYANGKAN RASANYA" dan langkah seterusnya terpulang mengikut keaadan... huhuhu... Scary tak?? Ini baru pendapat seorang lelaki, macam mana dengan lelaki-lelaki lain di seluruh dunia? 
like this? what is this?
Kiks mesti pernah mendengar " wanita berpakaian tapi telanjang"..... ada disebut dalam hadis Nabi Muhammad S.A.W... yang diriwayatkan dalam kitab sahih muslim.

Macam mana?
of course la..


ermmm... yang ini??
 Seorang wanita yang sengaja menyingkap sebahagian anggota tubuhnya, sengaja menampakkan keindahan tubuhnya, wanita itu berpakaian tapi telanjang. 
Seorang wanita yang memakai pakaian nipis sehingga menampakkan sebahagian tubuhnya. wantia tersebut berpakaian, tapi sebenarnya dia telanjang.

macam nie ada baju...
 So... perempuan makhluk yang sangat indah, sangat cantik dan sangat special di mata seorang lelaki, tapi semua itu akan jadi sebaliknya sebab kita yang mencemarkannya...  :) 
a girls bootys?? don't you scary?

Wednesday, December 17, 2014

Tajwid ku~ ( Muqadimmah)

Assalamualaikum... kiks( kawan islamku semua), insyallah bermula dari entri ni... saya akan terus berkongsi tentang ilmu tajwid... saya belajar dan Kiks pun boleh belajar... Nabi pernah berpesan dan ada termaktub dalam kitab sahih Bukhari (Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ash radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah salallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sampaikanlah dariku walau satu ayat, dan ceritakanlah tentang Bani Israil tanpa perlu takut. Dan barangsiapa berbohong ke atasku dengan sengaja maka bersiaplah dia mengambil tempat duduknya di Neraka.”) 

MUQADDIMAH
Maksud :-
Bahasa : Membaikkan, mengelokkan dan membaguskan bacaan.( maksud ni diberikan berdasarkan perkataan جود kata dasar dari التجويد ).
Maksud yang lebih cantik dalam kitab ini : Pengakhiran objektif atau matlamat dalam  kepakaran sehingga mencapai peringkat terakhir sebuah kesempurnaan .

Istilah : -
-Ilmu Tajwid : sebuah ilmu yang membahaskan tentang bagaimana menyebut huruf dan berhati-hati, menjaga, berwaspada dengan makhrajnya, sifatnya dan apa yang berkaitan dengan hukum seperti dimana boleh berhenti mahupun bermula, Adakah bacaan tue boleh sambung atau tidak.
Tajwid : Pemberian setiap huruf haknya dan apa yang berhak dengannya seperti makhrajnya, sifatnya, tempat berhenti mahupun bermula.

Sejarah wujudnya ilmu Tajwid :-
saya ceritakan secara ringkas, Ilmu tajwid bermula pada kurun ke-4 hijrah. Akan tetapi, ilmu tajwid telah wujud sebelum itu tetapi bukanlah dibukukan secara khusus." Abi umru bin a'la al-bashori" ada menulis tentang sebahagiannya pada " Risalah fi Al-Idgham Al-Khabir". Permulaan kurun ke-4 hijrah, "Abi Muzaham Al-Haqani " telah menulis ilmu tajwid dalam Qasidah. Ketika itu, Ilmu tajwid dikenali sebagai " Ahsan Al-ada'a". Selepas itu, penulisan dan penyebaran Ilmu tajwid berkembang sehingga ke hari ini.

 
Sumber rujukan
 

Saturday, December 13, 2014

Takutkah kita??



Telinga penat mendengar,
seringkalinya lidah menuturkan,
setiap pertemuan pasti ada perpisahan,
menangiskah kita jika perpisan berlaku?

saat kita dilahirkan,
kita menangis
saat kita dimatikan
kita juga menangis

tiada siapa faham akan erti tangisan disaat itu,
ketika masa dunia berhenti,
 kepulangan kita diminta,
erti tangisan itu kini tiada guna .

Qiyamat itu perpisahan...
gambaran demi gambaran telah dikhabarkan
takutkah kita?
menangiskah?

 Fahamilah tangisan itu,
takutlah andai engkau tidak menangis keranaNya,
Qiamat menanti mu.
takutkah kita?

andai tergetar di sanubari mu,
ukirkan warakah mu,
menjadi senyuman,
saat jannah menapakan tangan.


Monday, December 8, 2014

"0.0mm"??



Sejauh mana jarak mata hitam dan mata putih??
Sejauh itu jarak dosa dan manusia 
Kita dilahirkan dengan ancaman pencinta dosa
Namun, Cinta agung Ilahi pembasminya
Cinta SejatiNya, tangan saat kita terjelempuk dengan beratnya dosa
 

Dosa dan Pahala itu ibarat menjangkau hawa dan teriknya dunia
Istighfar umpama ubat
Istighfar umpama kurma di saat berbuka
Istighfar sangat berumpama.

Istighfar.....Istighfar......Istighfar.....